ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PROTON melancarkan Kempen Stay Safe & Save bermula 1 September 2026 di seluruh negara, dengan menawarkan diskaun 10% alat ganti tulen dan semakan keselamatan 40 perkara percuma bagi membantu pemilik kenderaan menjimatkan kos penyelenggaraan serta memandu dengan selamat.

Pilihan Diskaun Alat Ganti Tulen PROTON & Semakan Percuma

IMAGE-1-(14).jpg

Menerusi kempen terbaharu ini, pemilik Proton berpeluang menikmati diskaun 10% bagi bateri, pad brek, serta bilah pengelap cermin (wiper) terpilih. Tawaran ini sah di semua pusat servis bertauliah Proton seluruh negara, termasuk cawangan 2S, selagi stok masih ada.

Selain penjimatan alat ganti, setiap pelanggan turut menerima pemeriksaan keselamatan kenderaan 40 perkara secara percuma. Semakan komprehensif ini diperluaskan daripada 20 perkara biasa bagi membantu mengesan potensi kerosakan sistem utama kenderaan lebih awal.

Koleksi Eksklusif Pewangi Udara PROTON x Little Joe Fasa 3

Bagi menambah keselesaan ruang pemandu, PROTON meneruskan fasa ketiga kerjasama bersama jenama pewangi terkenal, Little Joe, bermula 25 Ogos 2026. Pelanggan boleh mendapatkan pewangi udara 3D eksklusif ini pada harga RM17 tanpa sebarang syarat perbelanjaan minimum.

Pewangi buatan polimer tidak toksik dari Switzerland ini hadir dengan dua pilihan haruman, iaitu Amber (merah) dan Ginger Lemon (biru). Setiap unit mampu mengekalkan kesegaran ruang dalaman kereta sehingga 45 hari.

Komitmen Perkhidmatan Selepas Jualan PROTON

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa“Di PROTON berkata, penjagaan pelanggan tidak berakhir sebaik sahaja sesebuah kenderaan diserahkan. Ia diteruskan pada setiap kunjungan servis dan sepanjang tempoh pemilikan.

"Menerusi Kempen Stay Safe & Save, kami mengurangkan kos alat ganti tulen PROTON yang penting, di samping menyediakan pemeriksaan keselamatan lebih menyeluruh kepada pelanggan," katanya.

Kemudahan servis kini lebih mudah diakses menerusi rangkaian 196 pusat servis bertauliah di seluruh negara. Pemilik Proton digalakkan membuat tempahan janji temu lebih awal melalui aplikasi PROTON Link 2.0 untuk menikmati promosi ini sebelum kehabisan stok.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN8297

SELANGOR

BST4507

JOHOR

JD6041J

PULAU PINANG

PSF3293

PERAK

APL2531

PAHANG

CFH6254

KEDAH

KGH8707

NEGERI SEMBILAN

NEL6915

KOTA KINABALU

SJT9017

KUCHING

QAB5172P

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.