ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PROTON rasmi membuka tempahan bagi varian baharu Proton S70 Lite dan Prime bermula hari ini, 7 September 2026, di semua cawangan sah seluruh negara.

Menggunakan enjin 1.5L NA dengan transmisi CVT, sedan segmen-C terlaris ini ditawarkan pada anggaran harga bawah RM60,000 bagi memberikan pilihan lebih mampu milik.

Proton S70 Varian Baharu Dilancar: Harga Bawah RM60,000!

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk  Abdul Rashid Musa, PROTON S70 sentiasa menawarkan rakyat Malaysia pengalaman pemanduan yang lebih tinggi tarafnya menerusi ruang, keselesaan dan ciri menarik.

"Pengenalan varian baharu ini memperluaskan tawaran tersebut kepada pelanggan yang mencari sedan mampu milik tetapi lengkap dengan ciri-ciri, serta menawarkan ruang kabin yang luas dan pengalaman pemanduan yang selesa.

"Pada masa yang sama, kami memastikan ciri-ciri utama tersedia merentasi rangkaian ini, memberikan pelanggan lebih banyak pilihan tanpa menjejaskan perkara yang penting dalam pemanduan harian,” katanya.

Spesifikasi Enjin 1.5L NA CVT & Pemanduan Lebih Santai

image.png

Khusus untuk varian Lite dan Prime, PROTON melengkapkan model ini dengan enjin 1.5L i-GT aspirasi semula jadi (NA) yang digandingkan bersama transmisi CVT. Kombinasi pacuan baharu ini menghasilkan pemanduan yang lebih lancar, senyap, dan santai untuk kegunaan harian.

Walaupun ditawarkan pada harga lebih murah, karekter pemanduan khas PROTON Ride and Handling serta tiga mod pemanduan tetap dikekalkan.

Ada 10 Ciri

Difahamkan, kedua-dua varian, rangkaian PROTON S70 yang diperluaskan ini menawarkan 10 ciri terunggul dalam kelasnya:

  • Ruang bahu penumpang belakang.
  • Panel instrumen kemasan lembut.
  • Semua tingkap dengan fungsi Auto Up/Down dan Anti Trap.
  • Brek Parkir Elektrik denganAuto Brake Hold.
  • Remote Engine Start
  • Android Auto.
  • Apple CarPlay® tanpa wayar.
  • Rear Side Radar System.
  • Kamera Undur
  •  Rear Seat Reminder.

Ruang Kabin Luas dan Keselesaan NVH Terbaik

image.png

Dua varian baharu ini menawarkan ruang kabin terunggul dalam kelasnya:

  • Kabin Lebih Luas: Rekabentuk badan yang lebar dan lantai belakang hampir rata membolehkan tiga penumpang duduk selesa.

  • NVH Lebih Senyap: Peningkatan tahap senyap (NVH) memberikan suasana pemanduan yang halus dan premium.

  • Kemasan Selesa: Dilengkapi tempat duduk kemasan kulit serta panel instrumen kemasan lembut.

Teknologi Pintar dan Ciri Keselamatan Lengkap

image.png

Dari segi ketersambungan dan keselamatan, harga Proton S70 bawah RM60k ini masih sarat dengan teknologi moden:

  • Ketersambungan: Sokongan Apple CarPlay® dan Android Auto tanpa wayar, Electric Parking Brake (EPB) dengan Auto Brake Hold, serta Remote Engine Start.

  • Keselamatan: 6 beg udara, Rear Side Radar System (termasuk Blind Spot Detection & Rear Cross Traffic Alert), serta kamera undur sebagai ciri standard.

Tempahan Kini Dibuka

Tempahan untuk varian Lite dan Prime kini dibuka secara rasmi. Pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftarkan kenderaan sebelum 31 Disember 2026 layak menerima ganjaran eksklusif tempahan awal.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV2157

SELANGOR

BSU5674

JOHOR

JG2678J

PULAU PINANG

PSG6865

PERAK

APM4437

PAHANG

CFJ2059

KEDAH

KGJ5601

NEGERI SEMBILAN

NEM3731

KOTA KINABALU

SJU6591

KUCHING

QAB8104P

Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

22-10-2026
Tips

22-09-2026
Kereta Baru

14-09-2026
Kereta Baru

07-09-2026
Berita Auto

03-07-2026
Pandu Uji

14-02-2026
Kereta Baru

16-12-2025
Berita Auto

29-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.