Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla kini dibuka di Mid Valley Megamall sekali gus merupakan lokasi pengalaman ketujuh Tesla di Malaysia.
Ia terletak di G-001 & G[E]-011, Mid Valley Megamall, bersebalahan dengan laluan penghubung antara The Gardens Mall dan Mid Valley Megamall.
Lokasi terkini ini direka untuk memudahkan pelanggan melihat, merasai, mengkonfigurasi, dan mengenali kenderaan Tesla dengan lebih selesa.
Supercharger
Bagi melengkapi pusat pengalaman itu, terdapat juga empat unit V4 Supercharger yang ditempatkan di Aras B1, Zon B, The Gardens Mall.
Pengecas Super V4 Tesla menyediakan kadar pengecasan sehingga 250 kW, membolehkan kenderaan Model 3 dan Model Y menambah jarak pemanduan sehingga lebih kurang 311 km dalam masa sekadar 15 minit.
21 Stesen Pengecas
Tesla kini mengendalikan 21 stesen Pengecas Super (92 Pengecas Super) dan 18 lokasi Pengecasan Destinasi (78 pengecas) di seluruh Malaysia.
Enam stesen pengecasan akan dibuka tidak lama lagi menjelang akhir tahun 2026 di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Seremban, and Pulau Pinang.
Model 3, Model Y

Bagi yang berminat, Model 3, Model Y, dan Model Y L telah meraih penarafan keselamatan tertinggi daripada organisasi global terkemuka, termasuk NHTSA dan IIHS (Amerika Syarikat), Euro NCAP (Eropah), ANCAP (Australia dan New Zealand), serta C-IASI (China).
Kesemua model ini menetapkan standard yang tinggi dari segi keselamatan, kecekapan, prestasi, dan teknologi. Keyakinan pelanggan terhadap produk Tesla turut dicerminkan menerusi prestasi pasaran baru-baru ini.

Pada Ogos 2026, Model 3 merupakan sedan elektrik terlaris dan EV jenama import terlaris di Malaysia, manakala Model Y ialah SUV elektrik jenama import terlaris.
Selain itu, Tesla terus membawakan ciri-ciri dan kemas kini baharu kepada pemilik di seluruh dunia melalui kemas kini Over-the-Air (OTA).
Grok, pembantu peribadi AI anda, disertakan sebagai standard dalam setiap Tesla. Pemandu boleh mendapatkan arah dan menetapkan laluan, melaraskan iklim dan pengudaraan, memainkan muzik, menetapkan peringatan, mencari tempat, mengawal ciri kenderaan, dan banyak lagi.
Pengunjung boleh merasai barisan produk lengkap Tesla di Malaysia di lokasi-lokasi Tesla berikut:
• Model 3 — Sedan elektrik terlaris di Malaysia1
• Model Y — SUV elektrik terlaris di dunia.
• Model Y L — SUV keluarga 6 tempat duduk
Insentif
Lebih menarik, Tesla Malaysia kini menawarkan insentif terhad untuk Model 3 dan Model Y.
Pelanggan boleh memilih sama ada Penyambung Dinding (Wall Connector) percuma atau kredit Pengecas Super sebanyak 3,000 km (tawaran tidak boleh digabungkan, terma dan syarat terpakai, lawati kami untuk mengetahui lebih lanjut).
• Model 3 bermula dari RM149,000 (bayaran bulanan bermula dari RM 1,148)
• Model Y bermula dari RM198,000 (bayaran bulanan bermula dari RM 1,488)
Pelanggan juga boleh menikmati insentif tambahan berupa rebat tukar beli (trade-in) sebanyak RM 13,000 atau program faedah rendah (kadar tetap) bermula dari 0.88% (tawaran tidak boleh digabungkan; lawati Pusat Pengalaman untuk mengesahkan konfigurasi yang terpakai).
Model 3, Model Y, dan Model Y L semuanya layak untuk menebus ganjaran dalam program.
Pemilik Tesla boleh berkongsi pautan rujukan peribadi mereka kepada rakan dan keluarga serta memenangi ganjaran eksklusif apabila rujukan tersebut melayakkan pembelian. Ganjaran boleh ditebus untuk kredit Pengecas Super, naik taraf perisian, dan banyak lagi.
Malah, 10 orang pertama yang dirujuk dan menempah Tesla baharu menggunakan pautan rujukan akan menerima potongan sebanyak RM 1,000; manakala pemilik Tesla akan memperoleh kredit Tesla sebanyak RM500 bagi setiap rujukan yang berjaya sebaik sahaja kenderaan mereka diserahkan.
Rasai sendiri keterujaan memandu Model 3, Model Y, atau Model Y L dengan melawati pusat pengalaman Tesla berhampiran anda. Hubungi 1-800-810-655 (tol percuma) atau daftar pandu uji anda di sini:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Berita Terkini
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge