JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dan pendaftaran baharu Chery Omoda 5 berkuat kuasa serta-merta.
Tindakan tegas ini diambil susulan insiden gandar belakang model tersebut tercabut di Tebrau, Johor Bahru baru-baru ini bagi membolehkan siasatan teknikal serta pemeriksaan keselamatan menyeluruh dijalankan.
Mengapa JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5?
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, mengesahkan bahawa penggantungan VTA ini dilaksanakan secara bersasar terhadap model dan varian Chery Omoda 5 yang berpotensi terjejas.
Tindakan itu turut melibatkan penangguhan pendaftaran baharu kenderaan berkenaan sehingga siasatan teknikal selesai dan risiko keselamatan dikenal pasti.
Menurutnya, langkah berkenaan diambil sebagai tindakan pencegahan awal bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.
“JPJ memandang serius insiden tular melibatkan sebuah kenderaan Chery Omoda 5 yang berlaku di Johor Bahru, minggu lalu, sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan kenderaan berkenaan.
“Sebagai langkah pencegahan awal, JPJ akan menggantung sementara VTA yang berkaitan, sekali gus menangguhkan pendaftaran baharu Chery Omoda 5 sehingga siasatan teknikal selesai dan risiko keselamatan dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini
Beliau menegaskan bahawa pihak JPJ tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan pengguna jalan raya.
Panggilan Semula dan Siasatan Teknikal oleh Chery Malaysia
Pihak Chery Auto Malaysia kini dikehendaki mengenal pasti semua unit yang berisiko berdasarkan nombor komponen, kelompok pengeluaran, nombor casis, dan parameter teknikal berkaitan.
Proses panggilan semula (recall) mesti dilaksanakan serta-merta bagi tindakan pembetulan dan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan terjejas.
Selain itu, JPJ akan menjalankan audit teknikal penuh terhadap proses pengeluaran, pemasangan, dan pembekal komponen gandar belakang pengeluar berkenaan.
“Audit itu merangkumi pematuhan amalan pengilangan yang baik (GMP), sistem kawalan kualiti, prosedur pemeriksaan sambungan kimpalan serta tahap keselamatan komponen yang digunakan,” ujarnya.
Nota: Penggantungan VTA hanya akan ditarik balik selepas pengesahan teknikal JPJ mendapati semua tindakan pembetulan telah dipatuhi dan risiko keselamatan diselesaikan.
Kronologi Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5
Insiden di Tebrau, Johor Bahru baru-baru ini bukanlah kejadian pertama yang membabitkan isu komponen berkenaan.
Pada April 2024, kes hampir serupa pernah berlaku sehingga membawa kepada kempen panggil semula membabitkan kira-kira 600 unit Chery Omoda 5.
Dalam kes lalu, punca utama dikenal pasti berpunca daripada masalah penentukuran peralatan kimpalan di kilang pembekal komponen. Siasatan lanjut bagi kes terbaharu kini sedang dikendalikan oleh pihak berkuasa.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5435
SELANGOR
BSU3563
JOHOR
JF5471J
PULAU PINANG
PSG3466
PERAK
APM1687
PAHANG
CFJ281
KEDAH
KGJ4297
NEGERI SEMBILAN
NEM2486
KOTA KINABALU
SJU5044
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 11 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9
Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.
29-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global
Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.
19-05-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Berita Terkini
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

