Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan

Penggunaan lampu tinggi (high beam) ketika jerebu atau kabus tebal sering disalah anggap dapat membantu menerangkan jalan. Hakikatnya, tindakan ini hanya akan memantulkan cahaya pada zarah udara dan memburukkan lagi keadaan silau pemandu.
Pemandu dinasihatkan supaya menggunakan lampu rendah (low beam) atau lampu kabus (fog lamp) sahaja sekiranya jarak penglihatan berkurangan sehingga bawah 100 meter. Langkah ini lebih selamat untuk penglihatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Itu peringatan disampaikan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) keselamatan jalan raya merangkumi Road Safety Expert Association (RSEA), Malaysian Eminent Persons On Road Safety Forum Group (MEPORS) serta Road Safety Alliance Malaysia (ROSAM) menerusi kempen pesanan khidmat masyarakat.
Kenapa Elak Pasang Lampu Kecemasan Semasa Bergerak?
Ramai pemandu memasang lampu kecemasan semasa kenderaan sedang bergerak dalam cuaca buruk. Amalan ini sebenarnya salah dan boleh mengelirukan pengguna jalan raya yang lain.
Lampu kecemasan boleh menyukarkan pemandu belakang mengesan lampu isyarat membelok kenderaan anda. Sebaliknya, lampu kecemasan hanya dikhaskan untuk situasi kenderaan berhenti secara kecemasan sahaja di atas jalan raya.
Panduan Had Laju dan Jarak Selamat Memandu Jerebu
Sebaik sahaja memasuki kawasan berasap tebal atau kabus, pengguna jalan raya digesa supaya mengurangkan kelajuan kenderaan dengan serta-merta demi keselamatan bersama.
Jika had laju biasa di lebuh raya seperti PLUS ialah 110 km/j, kelajuan selamat yang disyorkan dalam situasi jerebu tebal adalah antara 60 hingga 80 km/j sahaja. Selain itu, gandakan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan daripada kadar biasa dua saat kepada sekurang-kurangnya empat hingga enam saat.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT3770
SELANGOR
BSU3240
JOHOR
JF4631J
PULAU PINANG
PSG2798
PERAK
APM1159
PAHANG
CFH9721
KEDAH
KGJ4063
NEGERI SEMBILAN
NEM2338
KOTA KINABALU
SJU4821
KUCHING
QAB7352P
Terakhir Kemas Kini 08 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur
Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.
26-08-2026
Berita Terkini
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Pelancong Asing Ke Thailand Bakal Dikenakan Caj RM54
THAILAND mencadangkan bayaran 450 Baht (kira-kira RM54.56) bagi pelancong asing yang memasuki negara itu melalui udara.
08-10-2026
Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1
Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.
07-10-2026
Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?
Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.
07-10-2026
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge