Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

PROTON mengesahkan bakal melancarkan dua model baharu sebelum penghujung 2026, dengan model Proton Saga Cross berkod AMA02 diletakkan sebagai SUV kompak paling mampu milik untuk mencabar pasaran tempatan.
Pencapaian Cemerlang Jualan Proton Q3 2026
PROTON mencatatkan sejarah baharu apabila berjaya melepasi jumlah jualan keseluruhan tahun 2025 dalam tempoh hanya sembilan bulan. Dengan rekod 60,540 unit terjual, suku ketiga (Q3) ini menjadi pencapaian terbaik sejak tahun 2009 hasil kerjasama erat bersama Geely.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa mengesahkan momentum ini akan diteruskan. Syarikat dijadualkan melancarkan sekurang-kurangnya dua model baharu sebelum tirai 2026 melabuhkan tirainya.
“Walaupun kejayaan semasa yang kami kecapi amat membanggakan, PROTON tidak akan memperlahankan momentum dalam memperkenalkan model baharu, melaksanakan pelaburan infrastruktur serta menggerakkan inisiatif yang berfokuskan pelanggan.
"Kami masih mempunyai sekurang-kurangnya dua lagi pelancaran yang dijadualkan sebelum akhir tahun ini, manakala perniagaan eksport kami menyasarkan pertumbuhan jualan yang lebih tinggi bagi kenderaan berjenama Proton dan Geely yang dihasilkan di Malaysia untuk pasaran antarabangsa,” katanya.
Proton Saga Cross? (Platform AMA02)
Tular imej intipan baru-baru ini mendedahkan kehadiran sebuah model crossover kompak yang dijangka dinamakan sebagai Proton Saga Cross. Membawa nama kod dalaman AMA02, kenderaan ini dibangunkan di atas pelantar modular baharu yang dikongsi bersama model sedan Saga.
Strategi platform AMA ini membolehkan pihak pengeluar mengurangkan kos pembangunan secara efektif. Ini sekaligus mempercepatkan kemasukan model baharu ke pasaran dengan tanda harga yang lebih kompetitif.
Bersaing Menentang Perodua Ativa dan Honda WR-V
Kedudukan Proton Saga Cross dijangka berada di bawah model popular Proton X50. Model ini bakal mengisi kekosongan dalam segmen A SUV kompak, memberikan saingan sengit kepada pencabar sedia ada seperti Perodua Ativa, Honda WR-V, dan Chery Tiggo Cross.
Bagi varian asas, kenderaan ini diramal menggunakan enjin 1.5L aspirasi semula jadi yang menghasilkan 120 PS dan 150 Nm tork. Gandingan kotak gear automatik empat kelajuan Aisin atau transmisi CVT daripada Punch dijangka menawarkan kos penyelenggaraan yang rendah dan tahan lasak.
Potensi Varian Hibrid (HEV) dan Jangkaan Pelancaran
Spekulasi mengenai varian Hybrid Electric Vehicle (HEV) semakin bertiup kencang susulan pameran teknologi hibrid Proton di KLIMS 2026. Sistem rangkaian kuasa yang dikaitkan dengan teknologi mirip Proton e.MAS 7 PHEV ini berpotensi diperkenalkan pada masa hadapan.
Walaupun harga rasmi, dimensi ruang, dan spesifikasi keselamatan belum diumumkan secara terperinci, kehadiran model ini dijangka meriahkan pasaran automotif tempatan menjelang hujung tahun 2026.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4340
SELANGOR
BSV2803
JOHOR
JH7397J
PULAU PINANG
PSH5312
PERAK
APN2014
PAHANG
CFJ4592
KEDAH
KGJ9043
NEGERI SEMBILAN
NEM6513
KOTA KINABALU
SJV2879
KUCHING
QAB643Q
Terakhir Kemas Kini 21 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga DENZA D9 Prestige AWD?
Harga DENZA D9 Prestige AWD Diumum: RM345,800, Jarak 650km
19-11-2026
Berapa Harga Toyota Yaris 2027?
Toyota Yaris 2027 rasmi dilancar di Malaysia pada harga bermula RM90,400. Ketahui spesifikasi terkinI.
16-11-2026
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
