Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery

Feytech Holdings Berhad (Feytech) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan dua syarikat dari China ,bagi menghasilkan komponen casis automotif, termasuk sistem stereng dan brek.
Dua syarikat itu adalah Zhejiang Libang Hexin Intelligent Brake System Co., Ltd. (“Libang”) dan Wuhu Sterling Steering System Co., Ltd. (“Sterling”) .
Perkukuh Rantaian Bekalan dan Pemasangan Tempatan Chery
Langkah ini bertujuan untuk menyokong program penyetempatan kenderaan Chery di Malaysia selain memperkukuh keupayaan pembuatan komponen automotif negara.
Di bawah MoU tersebut, ketiga-tiga syarikat akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan, mengenal pasti komponen yang sesuai untuk pengeluaran tempatan serta meneroka pembangunan bersama bagi komponen baharu untuk pasaran Malaysia.
Libang mempunyai kepakaran dalam sistem brek automotif, manakala Sterling mengeluarkan komponen sistem stereng.
Kerjasama itu juga dilihat membuka peluang kepada pengeluar komponen automotif tempatan untuk meningkatkan penyertaan dalam rantaian bekalan Chery, yang mahu memperluas penggunaan komponen tempatan.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Feytech Holdings Berhad, Datuk Connie Go berkata, Malaysia telah membangunkan asas pengeluar komponen automotif tempatan yang kukuh, yang kebanyakannya telah berkembang secara organik selama bertahun-tahun untuk menjadi pembekal OEM yang berkelayakan.
“Ketika rantaian bekalan automotif global semakin berkembang, kami melihat peluang untuk memperkukuh keupayaan kami melalui perkongsian strategik dengan pengeluar dari China dan memainkan peranan yang lebih besar dalam industri automotif antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan semalam.
MoU itu turut memperluas hubungan Feytech dengan Chery yang bermula pada tahun 2023 dan kemudian membawa kepada usaha sama dengan Wuhu Ruitai, sebuah pengeluar tempat duduk di bawah Kumpulan Chery, bagi menghasilkan sistem tempat duduk automotif.
Feytech yang berpangkalan di Malaysia terbabit dalam beberapa segmen industri automotif termasuk pembuatan tempat duduk kenderaan, kemasan dalaman serta perkhidmatan sokongan berkaitan.
Untuk makluman, Feytech turut membekalkan sistem tempat duduk dan komponen kepada pengeluar OEM domestik serta serantau, selain terus mengembangkan operasi pembuatannya di Malaysia.
Majlis tersebut turut dihadiri barisan eksekutif kanan daripada Feytech, Libang dan Sterling, pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), serta barisan eksekutif daripada Chery Automobile dan Jetour Automobile Malaysia.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY9485
SELANGOR
BSV2138
JOHOR
JH5942J
PULAU PINANG
PSH4739
PERAK
AP1347
PAHANG
CFJ4386
KEDAH
KGJ8706
NEGERI SEMBILAN
NEM6287
KOTA KINABALU
SJV2467
KUCHING
QAB466Q
Terakhir Kemas Kini 18 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Berita Terkini
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Jualan Proton 2026: Model Berasaskan Geely Pintas Kereta "Buatan Tempatan"
Model Geely Kini Dominasi Jualan Proton 2026, Tapi Saga Masih 'Raja' Sebenar
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Ketika Cuba Elak Lubang
Maut ketika cuba elak lubang pembentung di Klang.
18-11-2026
Pusat 3S BYD Dibuka Di Ipoh, Bilik Pameran Terbesar di Utara
BYD Sime Motors Perkukuh Kehadiran di Utara Malaysia dengan Pembukaan Pusat 3S Baharu di Ipoh.
18-11-2026
PROTON Catat Rekod Pengeluaran Bulanan Tertinggi Dalam 24 Tahun
Kilang Tanjung Malim Rekod 23,006 Unit Pengeluaran Oktober.
18-11-2026
Kerugian Banjir Selangor 2025 Melonjak Kepada RM52.9 Juta
Laporan DOSM mendedahkan kerugian banjir Selangor 2025 meningkat lebih dua kali ganda kepada RM52.9 juta.
17-11-2026
Cuba Rempuh PGA: Pasangan Kekasih Ditahan, Simpan Video Lucah
Sepasang kekasih cuba merempuh PGA.
17-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge