ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Evolvelectric Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi trak pikap JAC, di Malaysia telah melangkah sebelah langkah ke hadapan apabila memperkenalkan JAC T9 Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Model ini mencipta sejarah tersendiri sebagai satu-satunya trak pikap PHEV dalam pasaran Malaysia ketika ini. Ia bijak menggabungkan keupayaan trak pikap 4x4 konvensional dengan kecekapan teknologi pacuan elektrik moden.

Prestasi Berkuasa Tinggi 1,000 Nm

image.pngimage.png

Bagi versi JAC T9 PHEV Petrol, jentera ini dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter pengecas turbo. Ia dipadankan pula dengan sistem pacuan empat roda elektrik dwi motor serta transmisi hibrid 4DHT.

Rangkaian kuasa canggih ini mampu menghamburkan kuasa mencecah 360 kW serta tork luar biasa sehingga 1,000 Nm. Model import sepenuhnya (CBU) dari China ini kini melengkapkan keluarga T9 selepas varian diesel dan elektrik (EV) diperkenalkan sebelum ini.

Dimensi, Ruang Kargo dan Keupayaan Lasak

image.png

Dari segi saiz, trak pikap ini berukuran 5,330mm panjang, 1,965mm lebar, dan 1,920mm tinggi dengan jarak roda 3,110mm. Ia turut menawarkan ruang kargo berkapasiti 1.14 meter padu.

Bukan itu sahaja, keupayaan menundanya mencecah 3.5 tan dengan kapasiti muatan maksimum sehingga 915kg. Bagi menghadapi laluan off-road, ia menggunakan suspensi double wishbone di depan dan gandar pejal bersistem multi-link di belakang, lengkap dengan kunci pembezaan elektronik serta mod pemanduan Eco, Standard dan Sport.

Rekaan Luaran dan Varian Adventure

Model ini tampil menyerlah menerusi lencana JAC berwarna biru pada gril hadapan, rim aloi 18-inci dengan tayar 265/60, rel bumbung, bumbung suria, serta palang sukan di belakang kabin.

Selain varian standard, pembeli juga boleh memilih varian Adventure. Varian ini tampil jauh lebih agresif dan lasak berkat penggunaan tayar Toyo Open Country R/T serta padanan rim aloi berwarna hitam.

Cekap, Selesa dan Dilengkapi Ciri Keselamatan ADAS

Masuk ke ruang kabin, pemandu disajikan dengan skrin infotainmen menegak 10.4-inci dan panel instrumen digital 10.25-inci. Sterengnya menggunakan rekaan empat jejari bersama tombol pemilih gear jenis putar.

Ciri keselesaan lain termasuklah tempat duduk kulit, pencahayaan ambien 64 warna, pengecas telefon tanpa wayar 50W, kamera 360 darjah berserta paparan lutsinar, dan sistem pendingin hawa automatik. Aspek keselamatan turut diutamakan menerusi tujuh beg udara (termasuk beg udara tengah) serta sistem bantuan pemanduan termaju Tahap 2 (ADAS).

Harga Rasmi JAC T9 PHEV di Malaysia

image.pngimage.png

Bagi anda yang berminat untuk memiliki trak pikap hibrid inovatif ini, berikut adalah senarai harga rasmi atas jalan (tanpa insurans):

  • JAC T9 PHEV (Standard): RM154,888

  • JAC T9 PHEV Adventure: RM162,888

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY1274

SELANGOR

BSU9707

JOHOR

JH2774J

PULAU PINANG

PSH3489

PERAK

APM8559

PAHANG

CFJ3846

KEDAH

KGJ7791

NEGERI SEMBILAN

NEM5629

KOTA KINABALU

SJV1420

KUCHING

QAB9804P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-09-2026
Kereta Baru

06-03-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia

JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.

11-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.