Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina

Pengasas Ekovest Bhd, Tan Sri Lim Kang Hoo kembali mencuri tumpuan apabila mengumumkan rancangan pembinaan Lebuhraya Laluan Istana-Kiara (LIKE) bernilai RM2.5 bilion merentasi ibu negara bermula suku pertama tahun hadapan selain menyenaraikan operasi tol dan berhasrat menghidupkan semula projek tebatan banjir KL Bund.
Langkah strategik oleh ahli perniagaan berusia 71 tahun itu menandakan kepulangan aktif beliau ke arena korporat selepas menyepikan diri sejak beberapa tahun lalu. Ketiga-tiga projek mega ini dijangka menjadi pemacu baharu bagi syarikat utamanya yang kini berdepan cabaran prestasi kewangan.
Pembinaan Lebuhraya LIKE
Lebuhraya bertingkat bertol menerusi projek Laluan Istana-Kiara Expressway (LIKE) dan sepanjang 7.7 kilometer itu akan menghubungkan Jalan Duta ke Jalan Sungai Besi. Apabila siap kelak, LIKE bakal menjadi konsesi keempat di bawah kendalian Ekovest selepas DUKE 1, DUKE 2, dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE).
Menurut Lim, pembinaan projek tersebut akan dibiayai menerusi penerbitan bon. Walaupun kadar pulangan dalaman (IRR) dijangka tidak melebihi 10%, projek ini disifatkan berdaya maju dan memenuhi kriteria pinjaman pihak bank.
Mengulas mengenai tempoh konsesi selama 54 tahun bagi lebuh raya baharu itu, beliau memaklumkan bahawa kadar tol tidak akan kekal mendatar. Sebaliknya, akan terdapat mekanisme khusus bagi membolehkan kenaikan kadar tol dilaksanakan secara berperingkat.
Sumber: The Edge
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY9485
SELANGOR
BSV2138
JOHOR
JH5942J
PULAU PINANG
PSH4739
PERAK
AP1347
PAHANG
CFJ4386
KEDAH
KGJ8706
NEGERI SEMBILAN
NEM6287
KOTA KINABALU
SJV2467
KUCHING
QAB466Q
Terakhir Kemas Kini 18 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cadangan penswastaan Lebuhraya LIKE, KBL Dilaksana Secara Berperingkat
Cadangan penswastaan LIKE dan KBL oleh Ekovest Bhd (Ekovest) akan dilaksanakan secara berperingkat.
06-05-2025
Kemalangan: Viral Kereta Dirempuh Bertubi-Tubi
Kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan di Lebuh Raya NKVE menghala ke Plaza Tol Duta.
11-05-2026
Berita Terkini
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Jualan Proton 2026: Model Berasaskan Geely Pintas Kereta "Buatan Tempatan"
Model Geely Kini Dominasi Jualan Proton 2026, Tapi Saga Masih 'Raja' Sebenar
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Ketika Cuba Elak Lubang
Maut ketika cuba elak lubang pembentung di Klang.
18-11-2026
Pusat 3S BYD Dibuka Di Ipoh, Bilik Pameran Terbesar di Utara
BYD Sime Motors Perkukuh Kehadiran di Utara Malaysia dengan Pembukaan Pusat 3S Baharu di Ipoh.
18-11-2026
PROTON Catat Rekod Pengeluaran Bulanan Tertinggi Dalam 24 Tahun
Kilang Tanjung Malim Rekod 23,006 Unit Pengeluaran Oktober.
18-11-2026
Kerugian Banjir Selangor 2025 Melonjak Kepada RM52.9 Juta
Laporan DOSM mendedahkan kerugian banjir Selangor 2025 meningkat lebih dua kali ganda kepada RM52.9 juta.
17-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge