ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50

Suhana Veru

Kongsi melalui
image.png


BYD Sime Motors kini mendigitalkan proses tempahan servis kenderaan elektrik (EV) menerusi Aplikasi OneGo Sime Motors bagi membolehkan pemilik memilih tarikh, masa, dan pusat servis secara masa nyata (real-time) dengan serta-merta di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Melalui platform bersepadu ini, pemilik tidak lagi perlu melalui proses pengesahan manual yang memakan masa.

Cara Tempah Servis BYD Menerusi Aplikasi OneGo App
Proses penjadualan semula dan pengurusan khidmat baik pulih kini boleh diakses terus di hujung jari. Pemilik hanya perlu memilih kenderaan berdaftar, memasukkan jarak perbatuan (mileage), serta menambah nota khas untuk pasukan teknikal.

Selain itu, pemilik bebas memilih pusat servis serta penasihat servis (service advisor) pilihan. Sebaik sahaja selesai, e-mel pengesahan akan dihantar lengkap dengan fungsi integrasi terus ke Apple Calendar atau Google Calendar.

Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Motors, Jeffrey Gan berkata, di Sime Motors, kami percaya pengalaman pemilikan premium tidak terhad kepada penyerahan kenderaan semata-mata.

"Selain  bilangan pelanggan kami bertambah, kami tetap komited untuk mengukuhkan keupayaan lepas jualan kami untuk terus menambah baik khidmat penyelenggaraan pintar bagi kenderaan elektrik.

"Penyelesaian digital yang mengutamakan keperluan unik dan kesenangan pemilik BYD Digital memastikan bahawa setiap seorang berpeluang untuk menikmati pengalaman memuaskan dan lancar sepanjang hayat kenderaan," katanya.


Nikmati Diskaun Servis RM50 Sehingga 31 Disember 2026

image.png

Bagi menggalakkan penggunaan platform digital ini, BYD Sime Motors menawarkan insentif khas buat pengguna terawal. Pemilik BYD yang membuat janji temu menerusi aplikasi akan menikmati diskaun servis RM50 untuk kempen yang berlangsung sehingga 31 Disember 2026.

Aplikasi ini turut menyimpan rekod tarikh servis terakhir dan membolehkan pengguna menjadualkan semula tarikh kunjungan sekiranya terdapat perubahan plan peribadi.


Rangkaian Pusat Servis BYD Di Seluruh Malaysia

Ketersediaan perkhidmatan digital ini disokong penuh oleh infrastruktur purna jual BYD yang komprehensif di seluruh negara, antaranya merangkumi:

  • 33 kemudahan lepas jualan bagi penyelenggaraan berkala.
  • 16 pusat cat dan baik pulih badan kenderaan.
  • 45 cawangan jualan dan pemasaran rasmi.

Pemilik kenderaan boleh memuat turun aplikasi OneGo atau melayari laman rasmi BYD Sime Motors untuk maklumat lanjut berkenaan slot janji temu.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX5041

SELANGOR

BSU8742

JOHOR

JH539J

PULAU PINANG

PSH2619

PERAK

APM7612

PAHANG

CFJ3544

KEDAH

KGJ7329

NEGERI SEMBILAN

NEM5235

KOTA KINABALU

SJV587

KUCHING

QAB9546P

Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

27-10-2026
Berita Auto

26-10-2026
EV

20-10-2026
Berita Auto

16-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
EV

07-09-2026
Teknologi

10-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026
Berita Auto

ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta

Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.

05-11-2026
Berita Auto

Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50

Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.

05-11-2026
Berita Auto

Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER

Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.

05-11-2026
Berita Auto

Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k

Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.

04-11-2026
Berita Auto

Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup

Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).

04-11-2026
Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.