Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ekzos bising, denda RM2,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan pemilik motosikal yang menggunakan ekzos bising bakal berdepan dengan hukuman undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pesalah berhadapan dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara  enam bulan.

“Pemilik atau penunggang motosikal yang mengubah suai kenderaan mereka dengan menggunakan ekzos yang bising bakal berdepan dengan hukuman itu.

“Hukuman itu dikuatkuasakan di bawah Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959  (LN 170/1959),” katanya.


Ia memperuntukkan setiap ekzos (penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor perlu diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.

Malah, pemilik kenderaan itu perlu memastikan ia tidak diubah suai sehingga menyebabkan pencemaran bising.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Azisman berkata, di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal berkenaan.

Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya lagi kesalahan tersebut (penggunaan ekzos). 

Malah, pihak polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemilik motosikal mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan tersebut tidak berulang lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak penggunaan ekzos bising merupakan trend semasa dalam kalangan golongan muda yang mahu meningkatkan kelajuan selain bertujuan untuk mencantikkan kenderaan mereka.

Sehubungan itu, beliau menegaskan sebarang pengubahsuaian kenderaan  perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026