Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penghantar Makanan Bekerjasama Baik Pulih Jalan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Seramai 20 orang penghantar makanan dari Kemaman, Terengganu telah meyumbangkan wang ringgit mereka untuk mengembalikan warna garisan amaran kuning yang kian pudar demi keselamatan pengguna jalan. 

Sumber berkata, kebanyakan garisan kuning pada bonggol jalan kian pudar.  Mustahil untuk pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan pada waktu yang sepatutnya sebelum menaiki bonggol jalan terutama sekali bagi penghantar makanan.  

Ramai penghantar makanan terjatuh daripada motosikal mereka kerana tidak sempat untuk menekan brek, terutamanya pada waktu malam.  Hal ini bukan sahaja menyebabkan ramai penghantar makanan mengalami kecederaan tetapi juga merosakkan makanan yang dibawa.

Kesemua 20 penghantar makanan mengumpulkan dana dan menggunakan waktu lapang semasa penghantaran untuk membahagikan tugas dalam mewarnakan bonggol jalan.  Tindakan ini telah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri Terengganu.  

Sementara itu, “Ikatan Silaturrahim Brotherhood," iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskan oleh pelakon, Azlan Sani Zawawi, telah banyak menyumbangkan wang dalam usaha pembaikan jalan berlubang.  

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia amat berterima kasih atas sumbangan mereka dan mengatakan bahawa tindakan ini harus dijadikan contoh. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026