Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perkenalkan Lexus IS 500 F Sport Performance Serba Baharu!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ekoran penambahbaikan dan perubahan wajah IS yang dilakukan secara besar-besaran pada tahun lepas, pengeluar kereta Jepun, Lexus, telah melancarkan model baharu dan yang pertama dalam barisan F Sport Performance iaitu Lexus IS 500 F Sport Performance. 

Model yang dikatakan mengimbau kembali model lama IS F ini memiliki enjin berkapasiti 5.0 liter bentangan V8 yang  mampu menghamburkan sehingga 472 kuasa kuda pada 7,100 rpm dan 535 Nm daya kilas pada 4,800 rpm.  Kereta ini mampu memecut daripada pegun kepada 96 km/j dalam masa kira-kira 4.5 saat. Model baharu ini memiliki kadar penggunaan minyak secara puratanya 10.2 km/liter.


Selain itu, model ini turut memiliki hud hadapan dengan reka bentuk yang timbul bagi menampakkan kesasaannya, riasan tingkap berwarna krom gelap, dan juga sistem ekzos quad. Model ini juga memiliki rim 10 jejari Enkei 19-inci, lengkap dengan logo  SPORT Performance yang berwarna hitam.  


Mengenai kabin dalamannya pula, tidak begitu banyak perubahan yang telah dilakukan berbanding IS biasa. Namun, antara perubahan yang dapat dilihat adalah penggunaan logo F Sport Performance pada roda stereng yang berbalut kulit dan plat pada ambang pintu. Di samping itu, model ini turut menggunakan pedal F SPORT dan juga kluster instrumen dengan animasi permulaan.  


Berkaitan dengan tahap keselamatannya, IS 500 F menerima sistem keselamatan terbaharu iaitu Lexus Safety System+ 2.5 yang dilengkapi dengan sistem-sistem penting seperti sistem Amaran Pelanggaran, Brek Kecemasan Automatik, Pengesan Pejalan Kaki dan Pengesan Pembawa Basikal. Kenderaan ini turut menerima sistem versi terbaharu Kawalan Pelayaran Radar Dinamik Semua Kelajuan serta tambahan sistem lain seperti Amaran Lencongan dan juga Bantuan Stereng.  Didatangkan secara standard adalah ciri keselamatan seperti Lampu Suluh Tinggi Pintar dan Bantuan Papan Tanda. 

Lexus Enform Safety Connect ditawarkan bersama dengan tempoh percubaan selama tiga tahun berserta akses sepanjang tahun kepada pusat Lexus Enform.  Tawaran ini termasuklah amaran penyelenggaraan yang disarankan kilang spesifik kereta anda secara percuma selama 10 tahun, yang bukan sahaja menyampaikan notifikasi kepada anda, tetapi juga kepada pengedar Lexus terpilih yang lain. 

Selain itu, Lexus App membenarkan pengguna untuk menghidupkan kereta dari jarak jauh, mengatur temu janji servis dan banyak lagi.  Skrin Lexus App boleh diatur mengikut citarasa untuk memudahkan  pendangan anda, dan lengkap dengan pelbagai informasi seperti Laporan Kesihatan Kereta dan jadual penyelenggaraan.  Untuk makluman anda, kesemua ciri ini hanya tersedia sekiranya anda memiliki langganan yang masih aktif. 

Lebih banyak informasi tentang model ini dapat kita ketahui sebaik makin hampir dengan waktu pelancaran yang akan diadakan tidak lama lagi.  Pastikan anda peka dengan info terbaharu yang bakal dikongsikan di CariCarz! 



Gallery

Tag:

Lexus
Lexus IS 500 F
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
EV

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
Global

Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.

08-12-2025
Global

Lexus Sport Concept Adalah Pengganti LFA?

Lexus Sport Concept dikatakan akan menjadi pengganti kepada model supercar LFA.

17-08-2025
Berita Auto

Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup

Setelah tiga generasi, Lexus IS 500, sedan sport dengan enjin V8 yang popular, dijangka akan menghentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini.

24-06-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV

Lexus ES 2026 akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu hibrid (HEV) dan EV.

23-04-2025
Global

Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY).

23-08-2024
Berita Auto

Lebih 8K Model Toyota, Lexus Terjual

UMWT mencatatkan pretasi yang cukup positif, pada bulan lepas.

12-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026