Link Copiedcheck_circle
Global

Lexus Sport Concept Adalah Pengganti LFA?

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Lexus  mencuri tumpuan sepenuhnya pada acara Monterey Car Week, apabila pengeluar kereta Jepun itu mendedahkan model kereta konsep terbaharunya, Lexus Sport Concept. Kehadiran  model  sporty ini mungkin lebih daripada sekadar kajian reka bentuk, namun ada kemungkinan ia menjadi pengganti  kepada model supercar LFA.

Nampaknya, Lexus Sport Concept masih mengekalkan beberapa elemen reka bentuk ikonik Lexus, memandangkan ia hadir dengan lampu hadapan LED berbentuk L yang disepadukan kemas ke dalam liang sisi. 

image.png

Malah, reka bentuk gril hadapannya juga mengambil inspirasi daripada model Lexus terkini kerana berbentuk trapezoidnya.

Apa yang membuatkan ia sama dengan LFA ialah di bahagian sisinya dimana Sport Concept mengadaptasi bentuk coupe GT dengan bonet depan yang panjang seperti mana dengan model sebelum ini.

Malah, bonet depan yang memanjang itu digandingkan dengan lengkung fender yang membuatkan kereta ini lebih gagah, manakala liang udara di belakang roda dan tiang-C juga kelihatan sama dengan LFA.

image.pngimage.png

Bahagian belakang pula lebih radikal, dengan diffuser besar serta lampu brek tengah gaya F1, ditambah dengan sayap belakang aktif. Ia disertakan dengan jalur lampu belakang LED yang merentangi keseluruhan lebar, menampilkan logo Lexus yang bercahaya di tengah-tengahnya.

Setakat ini, Lexus masih belum mendedahkan sepenuhnya bahagian dalaman Sport Concept, tetapi video pratonton menunjukkan sedikit bahagian kabin yang kelihatan moden dan futuristik, termasuk stereng gaya yoke dan panel meter digital penuh.

Seperti yang dijangka, Lexus juga tidak mendedahkan sebarang butiran trenkuasa atau mekanikal pada konsep ini, tetapi ketiadaan paip ekzos jelas menunjukkan bahawa kajian reka bentuk radikal ini mungkin adalah model versi elektrik. Ini juga menerangkan mengapa Sport Concept sering dianggap sebagai kesinambungan Lexus Electrified Sport Concept, jadi kemungkinan besar ia tidak akan menghasilkan bunyi garang seperti LFA.

image.pngimage.png

Apapun, sama ada ia bakal  menjadi pengganti elektrik sepenuhnya kepada LFA atau sekadar menggantikan LC yang semakin berusia, Lexus Sport Concept pastinya memberi harapan besar kepada peminat tentang masa depan jenama ini. Jika versi produksinya kekal dekat dengan konsep ini, Lexus mungkin bakal melahirkan sebuah lagi legenda.


Gallery

Tag:

Lexus
Lexus Sport Concept
Lexus LFA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Kereta Baru

22-07-2025
Global

23-06-2025
Global

23-04-2025
Global

22-08-2024
Kereta Baru

23-07-2024
Kereta Baru

10-07-2024

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026