- Berita
- Berita Auto
- Petronas Tawar Pelbagai Hadiah Mewah
Pengguna kad mesra Petronas kini berpeluang menikmati “durian runtuh’ apabila Petronas Dagangan Bhd (PDB) melancarkan Peraduan Petronas Primax 97 dengan Pro-Race Fuel yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan sehingga mencecah RM1 juta.
Menurut kenyataan PDB, pihaknya menawarkan sebuah kondominium bernilai RM600,00 sebagai hadiah utama peraduan itu.
“Bagi tempat pertama, kami menawarkan sebuah Mercedes-Benz GLA 250 AMG Line bernilai hamper RM300,000.
“Antara hadiah lain yang turut ditawarkan ialah hadiah bulanan termasuk bekalan minyak selama setahun bernilai RM3,000 bagi tiga pemenang, e-baucar Setel RM100 untuk 100 pemenang dan dua unit minyak enjin Petronas Syntium 3000 5W-30 bernilai RM360 bagi 20 pemenang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai peraduan itu, pelanggan yang berminat untuk menyertai peraduan itu hanya perlu mengisi minyak pada kadar minimum RM40 Petronas Primax 97 dengan Pro Race.
“Mereka perlu membelanjakan RM40 untuk mengisi minyak sebanyak tiga kali sebulan pada bulan yang sama.
“Selepas tiga transaksi itu, para pengguna akan diberikan satu lencana dimana mereka berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan,” ujarnya lagi.
Kempen itu akan berakhir pada 31 Mei ini.
Bagaimanapun, peluang untuk menang juga bergantung kepada bilangan lencana yang diterima dan lencana ini sebenarnya boleh didapati di aplikasi Petronas, Setel.
Setiap transaksi yang dibuat menerusi aplikasi ini berpeluang menerima bonus kelayakan.
Sementara itu, Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Jaffri Muhammad Muri berkata, pihaknya mahu lebih ramai pengguna mencuba produk premium baharu ini.
Beliau juga berterima kasih kepada penaja bersama peraduan ini iaitu UEM Sunrise Berhad serta Petronas Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM).
“Peraduan ini adalah tanda penghargaan kami kepada pelanggan,” katanya.
PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race telah dilancarkan pada Disember tahun lalu. Ia merupakan petrol terbaik yang dihasilkan dengan formulasi sekali gus menawarkan pemanduan lebih responsif dan efisien.
Formulasi itu dihasilkan menerusi melalui teknologi Advanced Dual Friction Modifier yang pertama di dunia.
Sehubungan itu, anda boleh melayari www.mymesra.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan itu.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/