Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MINI John Cooper Works GP Kini Boleh Bergerak Atas Jalan Bersalji

Sofea Najmi

Kongsi melalui
MINI kini menawarkan tayar khas bagi model kereta terpantas mereka iaitu MINI John Cooper Works GP. Tayar khas dengan rim aloi ini dihasilkan supaya dapat menempuhi lanskap bersalji ketika musim sejuk. 

Syarikat yang bertanggungjawab dalam penghasilan tayar berprestasi ultra tinggi untuk  model kereta MINI John Cooper Works GP ini ialah pengeluar tayar, Hankook.  Tayar musim sejuk ini dapat memberikan pengalaman memandu dengan kuasa yang tinggi seolah-olah dalam perlumbaan walaupun di atas jalan raya yang memiliki lapisan ais. 
Tayar yang disediakan untuk kereta berprestasi tinggi ini dinamakan 'Winter i*cept evo2’ yang bersaiz 195/45 R18 87H XL.  Tayar ini dilengkapi rim aloi ringan John Cooper Works yang bersaiz 18 inci.

Dikemaskan dengan bunga tayar asimetri di mana terdapat potongan khas iaitu sipes dan aluran yang kecil pada blok tayar. Tujuan potongan dengan bentuk khas ini adalah untuk mengoptimumkan cengkaman sewaktu membrek atau melalui jalan yang diselaputi salji.  

Di samping itu, tayar musim sejuk khas bagi model kereta MINI ini dapat melengkapkan lagi pelbagai aspek lain yang telah pun dimiliki oleh MINI John Cooper Works GP seperti enjinnya yang berprestasi tinggi dan juga sistem kawalan suspensinya yang telah ditala dengan penuh ketepatan oleh pakar perlumbaan John Cooper Works.

Dengan penghasilan tayar ini, daya cengkaman kereta dan juga tahap kestabilan pemanduan ketika belokan pada kelajuan tinggi dapat dipertingkat. Hasilnya? Tiada apa yang dapat menghalang kereta daripada bergerak ke hadapan, sama ada jalan yang bersalji atau basah.

Berkenaan enjin yang digunakan, MINI John Cooper Works GP dilengkapi enjin 2.0-litre 4-silinder dengan teknologi MINI Twin-Power Turbo yang mampu menjana kuasa kuda sehingga 306 hp (225 kW) dengan daya kilasan maksima 450 Nm.

Kuasa disalurkan kepada tayar hadapan. Model kereta ini turut dilengkapkan dengan transmisi 8-kelajuan Steptronic yang digabungkan dengan kunci pembeza teringrasi yang akan memastikan daya kilas kereta dapat meningkatkan prestasi tanpa kehilangan kuasa. 

Ia mampu memecut daripada 0-100 kmsj dalam masa hanya 5.2 saat dan mencapai tahap kelajuan tertinggi pada 265 kmsj.  Kadar penggunaan minyaknya ialah 7.3 l/100 km dengan sekitar 167 g/km emisi karbon dioksida (CO2). Model ini ialah yang terpantas bagi jenama premium British termasuklah bagi sebuah kereta yang boleh melalui jalan bersalji. 

Secara keseluruhannya, MINI John Cooper Works GP bukan hanya sebuah model unik edisi terhad yang memiliki genetik perlumbaan, tapi ia juga merupakan sebuah kereta dengan pelbagai ciri yang mengagumkan.  Terima kasih di atas penghasilan tayar musim sejuk yang terbaharu ini, kerana kini tiada lagi sebab untuk model MINI yang berprestasi tinggi ini tersimpan sahaja di dalam garaj ketika jalan raya bersalji. 

Gallery

Tag:

Mini Cooper
Mini John Cooper Works GP
BMW MINI
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Tular: Video Mini Cooper Terbang, Rupanya Pemandu Tersilap Tekan Pedal Minyak

Tular: Video Mini Cooper Terbang, Rupanya Pemandu Tersilap Tekan Pedal Minyak

Pemandu Mini Cooper didapati negatif daripada pengaruh alkohol.

16-10-2025
EV
Kilang Mini Oxford Bakal Keluarkan EV Aceman, Cooper

Kilang Mini Oxford Bakal Keluarkan EV Aceman, Cooper

Banyak MINI EV bakal tiba tak lama lagi.

12-09-2023
Teknologi
Bahagian Dalam MINI Cooper Pula Didedah

Bahagian Dalam MINI Cooper Pula Didedah

MINI Cooper versi elektrik ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

28-07-2023
Global
Selepas 10 Tahun Berehat, Mini John Kembali Beraksi

Selepas 10 Tahun Berehat, Mini John Kembali Beraksi

Mini John Cooper membuat kemunculan semula selepas 10 tahun berehat apabila ia kembali bersaing dalam Perlumbaan 24 Jam Nurburgring.

26-05-2022
Berita Auto
MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto
MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto
Pusat Pameran MINI 1S Dibuka  Di Ipoh, Perak

Pusat Pameran MINI 1S Dibuka Di Ipoh, Perak

MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) melebarkan rangkaian jenamanya di utara Semenanjung Malaysia apabila membuka sebuah bilik pameran MINI baharu berstatus 1S di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

02-12-2025
Berita Auto
Rasai "Pemanduan Go Kart" Dengan MINI Di MINI JCW Track Day 2025

Rasai "Pemanduan Go Kart" Dengan MINI Di MINI JCW Track Day 2025

MINI Malaysia menganjurkan acara MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025 untuk pihak media di Gamuda Cove, Selangor, pagi tadi.

23-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026