Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Model kereta ini dikatakan setaraf dengan kereta lumba

Suhana Veru

Kongsi melalui

TC Euro Cars (TCEC)  telah melancarkan Renault Megane R.S. 300 Trophy versi facelift ke pasaran Malaysia pada Khamis lalu.

Model baharu itu dijual pada harga RM326,476 (harga atas jalan tanpa insurans) dengan pengecualian cukai jualan SST, manakala RM174,888 untuk jualan di Langkawi.


Ia didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Flame Red, Diamond Black, Pearl White, manakala, dua warna signatur terakhir iaitu Liquid Yellow atau  Orange Tonic ditawarkan pada harga tambahan bernilai RM9,000.


Malah, para pelanggan pelanggan mempunyai pilihan untuk melanggan kereta ini menerusi program langganan TCEC.

Ia  menawarkan pelan satu, dua atau tiga tahun dengan yuran bulanan serendah RM5,200. 

Yuran tersebut termasuk kos cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan. Bagaimanapun, setiap pelan didatangkan dengan perbatuan 20,000 km setahun..

“Kami menawarkan pilihan pembelian dan langganan  untuk menghargainya para pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TCEC, Wong Hoe Mun.

Kelebihan kenderaan ini ialah ia diletakkan di bawah hud dimana enjin turbon 1.8 liter mampu menghamburkan kuasa 300 kuasa kuda selain dilengkapi dengan turbocharge yang memakai bearing seramik.


Reka bentuk itu diilhamkan daripada konsep kereta Renault Sport R.S.01.

Enjin jentera ini turut dipadankan dengan kotak gear automatik Dwi-Klac Efisien (EDC), enam-kelajuan dimana ia menghasilkan tork 420 Nm.

Model ini juga hadir dengan empat mod pemanduan  R.S iaitu My Sense, Save, Sport dan Race. Menerusi mod ini, pemandu boleh menggunakan fungsi Kawalan Pelancar dan Multi Change Down  yang membolehkan mereka menurunkan beberapa gear secara serentak.

Prestasi kenderaan ini juga dikatakan umpama kereta lumba memandangkan ia dilengkapi dengan Kawalan Pelancar, enjin turbo dan klac EDC. 

Menyentuh mengenai casis, R.S. 300 dilengkapi dengan casis Cup yang menampilkan LSD mekanikal Torsen yang telah dikalibrasikan semula. 

Komponen utama yang lain termasuk 4CONTROL. Ia merupakan sistem stereng empat roda yang memastikan kenderaan ini mampu selekoh dengan cekap  walaupun pada kelajuan tinggi.

Menjengah ciri utamanya di bahagian luaran, ia dilengkapi dengan lampu LED hadapan  dan belakang dan lampu nyalaan siang. Ia yang dilengkapi dengan gril radiator honeycomb, turut hadir dengan rim Jerez berukuran 19 inci.


Hasil sentuhan terakhir kenderaan ini dihiasi dengan material kulit R.S eksklusif termasuk kombinasi lampu sisi, lampu selekoh, lampu kabus dan lampu suluh tinggi.

Selain bamper belakang yang didatangkan dengan diffuser, ia juga hadir dengan ekzos tengah selain brek Brembo.

Sementar itu, dari segi dalamannya, ia dihiasi dengan salutan  Alcantara pada bahagian stereng selain panel instrumen digital TFT berukuran tujuh inci.

Ia juga dilengkapi dengan skrin sentuh Easylink tujuh inci dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.






Sehubungan itu, pelanggan yang berhasrat untuk membeli Renault Megane R.S Trophy akan diberikan jaminan tiga tahun untuk perjalanan 100,000 kilometer.

Bagi yang mahu pandu uji kenderaan ini, anda boleh melayari laman web  http://www.renault.com.my.


Gallery

Tag:

Renault
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

12-08-2025
Global

26-12-2024
EV

16-05-2023
Global

29-03-2023
EV

17-08-2022
Pandu Uji

Pengganti RS 280: Renault Megane RS 300 Trophy Tampil Lebih Sporty, Berprestasi Lebih Tinggi!

TC Euro Cars (TCEC) telah mengumumkan kedatangan Renault Megane RS 300 Trophy versi facelift serba baharu di Malaysia!

28-05-2021
Berita Auto

Kereta Ikonik Renault Dengan Kerusi Boleh Lipat Jadi Katil Diperkenalkan

Renault mendedahkan barisan baharu Trafic bagi versi Combi dan juga SpaceClass.

17-05-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026