Link Copiedcheck_circle
EV

Konsep EV Renault Filante Hanya 1,000 KG – Sasar Catat Rekod Jarak EV Terjauh

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Renault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(3).jpg


Renault memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbarunya yang dikenali sebagai Filante Record 2025, sebuah prototaip dengan ‘aura’ retro namun sarat teknologi canggih. 


Seperti namanya, model ini direka khas untuk mencatat rekod baharu dalam penggunaan tenaga serta jarak pemanduan, dengan bantuan inovasi aerodinamik yang ekstrem.


Renault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(13).jpgRenault-40-CV-desRecords.jpgRenault-Nervasport-Prototype-1.jpgRenault-Etoile-Filante-Prototype-3.jpg


Filante Record 2025 (atas kiri) dan model-model protataip 'rekod' yang pernah dihasilkan Renault sebelum ini


Inovasi ini dibangunkan hasil kerjasama Renault dengan Ligier Automotive, bekas pembina pasukan Formula One (F1). Model ini digambarkan sebagai "makmal bergerak" yang digunakan untuk menguji teknologi dan material baharu. Filante Record 2025 turut menyertai legasi prototaip "rekod" Renault terdahulu, termasuk 40 CV des Records (1925), Nervasport des Records (1934) dan Etoile Filante (1956).


Reka Bentuk Khas Untuk Jarak Pemanduan Maksimum


Renault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(12).jpgRenault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(10).jpgRenault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(2).jpgRenault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(6).jpg


Bagaimanapun, model kali ini tidak sama seperti dahulu, Filante Record 2025 direka khas untuk mencapai jarak pemanduan paling jauh dengan sekali cas penuh. Menggunakan simulasi digital sebagai asas reka bentuk, ujian terowong angin dijadualkan bermula pada musim bunga tahun ini.


Renault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(5).jpgRenault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(11).jpg


Dari segi dimensi, model ini berukuran 5.12 meter panjang dan hanya 1.19 meter tinggi, menjadikannya salah satu EV dengan reka bentuk paling aerodinamik. Bahagian hadapan menampilkan lampu LED berbentuk bulat dengan ekor berbentuk sirip unik, diinspirasikan daripada reka bentuk klasik Renault.


Salah satu ciri paling menyerlah pada model ini ialah keempat-empat rodanya terpisah daripada badan, dengan setiap satu dilengkapi penutup aero khas dan fender yang dibentuk dengan penuh perincian untuk mengurangkan rintangan angin. Selain itu, ia menggunakan tayar Michelin 19 inci yang direka khusus untuk mengurangkan geseran, menjadikan prototaip ini lebih cekap dari segi aerodinamik.


Dunia Penerbangan Jadi Inspirasi Kokpit Futuristik 


Renault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(8).jpgRenault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(18).jpgRenault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(17).jpgRenault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(16).jpg


Bahagian dalam Filante Record 2025 menampilkan susun atur tempat duduk tunggal ala kereta lumba F1, dengan elemen rekaan yang diilhamkan daripada dunia penerbangan dan penerokaan angkasa. Stereng bergaya joystick yang digunakan merangkumi semua kawalan penting. Sementara itu, tempat duduknya diperbuat daripada kanvas yang disokong oleh bilah karbon (carbon blades) memudahkannya dibentuk mengikut bentuk badan pemandu.


Pendekatan minimalis ini menjadikan berat keseluruhan prototaip ini hanya 1,000 kg, sangat rendah bagi sebuah EV. Casisnya menggunakan gabungan aluminium dan serat karbon, selain aloi aluminium cetakan 3D khas yang dikenali sebagai Scalmalloy. Yang menariknya lagi, komponen bateri sahaja menyumbang 600 kg daripada berat keseluruhan jentera prototaip ini. 


Spesifikasi Motor Masih Misteri


Renault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(9).jpg


Filante Record 2025 menggunakan pek bateri 87 kWj yang diambil daripada Renault Scenic E-Tech. Untuk memastikan bateri ini dapat dimuatkan dalam badan ultra-rendah, teknologi cell-to-pack dengan lapisan karbon khas digunakan.


Bagaimanapun, Renault masih belum mendedahkan spesifikasi penuh berkaitan motor elektrik dan prestasi model ini, termasuk angka rasmi yang disasarkan dalam cubaan rekod kelajuan dan kecekapan tenaga.


Cubaan Rekod Bakal Berlangsung Tahun Ini


Renault-Filante-Record-2025-EVPrototype-(4).jpg


Renault merancang untuk melakukan percubaan rasmi rekod dunia dalam separuh pertama tahun 2025. Jika projek ini berjaya, kita mungkin akan melihat beberapa teknologi dari Filante Record 2025 digunakan dalam model EV Renault pada masa akan datang.

Tag:

Renault
Renault Filante Record 2025
Prototaip EV
Konsep EV
EV Renault
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

16-07-2025
Global

16-06-2025
Teknologi

18-04-2025
EV

18-03-2025
EV

03-02-2025
Global

17-01-2025
Global

26-12-2024

Berita Terkini

EV
JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.

03-08-2025
EV
MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.

31-07-2025
EV
Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05.

30-07-2025
EV
Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Avatr secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11.

30-07-2025
EV
Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
EV
Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.

28-07-2025
EV
eRoaming Hub Alliance: Gabungkan Syarikat Pengecas EV Malaysia Dalam Satu Platform

eRoaming Hub Alliance: Gabungkan Syarikat Pengecas EV Malaysia Dalam Satu Platform

Empat syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) di Malaysia iaitu chargEV, DC Handal, JomCharge dan CarputZap telah menandatangani MoU membentuk satu kerjasama strategik perayauan, eRoaming Hub Alliance.

28-07-2025
EV
Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma

Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma

Sime Motors memperkenalkan kemudahan unik menerusi pakej pengecasan EV mudah alih yang dibawakan oleh P.UP, khas untuk pembeli Atto 2 yang tinggal di bangunan tinggi.

24-07-2025