Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rentas negeri, masih tidak dibenarkan.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tiga negeri yang diletakkan di bawah bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) kini ditukar kepada PKP Pemulihan (PKPP) mulai 19 Mac hingga 31 Mac.

Tiga negeri yang terbabit itu adalah Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun,  bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak, ia  kekal berstatus PKPB sepanjang tempoh itu.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun aktiviti merentas negeri masih dilarang di seluruh negara kecuali melalui gelembung perjalanan yang diuruskan sektor pelancongan.

“Hanya rentas daerah sahaja dibenarkan, kecuali bagi Sabah dan Sarawak yang melarang aktiviti merentas daerah di negeri masing-masing.

"Negeri dan wilayah lain yang kekal dalam PKPP adalah Perlis, Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Labuan," katanya pada sidang media perkembangan PKP hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ismail Sabri berkata, pengekalan PKPB bagi negeri berkaitan memandangkan masih banyak zon merah akibat Covid-19.

“Bagi negeri yang telah bertukar status kepada PKPP berikutan jumlah mukim yang menjadi zon hijau bertambah.

"Keputusan ini juga dibuat selepas penilaian risiko dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya yang memberitahu mendengar pembentangan KKM mengenai Covid-19, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan trend penurunan kes Covid-19 ketika ini dijangka berterusan.

Malaysia dilihat mampu mencapai 500 kes sehari pada Mei, bersandarkan kadar kebolehjangkitan 0.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026