Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SUV Pertama Volkswagen Telah Dilancarkan Di Amerika Selatan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Volkswagen Taos, model Kenderaan Utiliti Sukan atau Sports Utility Vehicle  (SUV) pertama keluaran Volkswagen untuk pasaran Amerika Selatan telah dilancarkan di Argentina. 

Model ini telah dibina sebagai respon terhadap perkembangan pesat segmen SUV di sana. 

Dalam membangunkan VW Taos, keutamaan diberikan kepada tiga aspek iaitu teknologi berkualiti tinggi, rekaan yang inovatif dan tahap keselamatan yang tinggi.  

Reka bentuk keseluruhan model ini boleh digambarkan sebagai sebuah rekaan yang tiada kompromi.  Model ini memiliki lengkungan tayar berbentuk petak di bahagian tepi yang menunjukkan kekuatannya.

Bayangan bahagian luar kereta ini dapat dilihat sama seperti SUV lain, namun garisan yang diletakkan dan kemasan lain yang ada menaikkan ciri elegan kereta. 

Bergerak ke bahagian dalaman kereta ini pula, Taos adalah sebuah kenderaan yang sempurna untuk keluarga. Ia juga didatangkan dalam 10 warna pencahayaan ambien yang dapat melahirkan atmosfera kabin dalaman yang unik. 


Pada ruangan kokpit, terdapat dua buah skrin besar yang menyokong platform multimedia VW Play.  Selain itu, ruang kompartmen untuk pengecasan telefon pintar juga disediakan.  

Secara keseluruhannya, Volkswagen Taos disempurnakan dengan sentuhan halus seperti kemasan kulit pada papan pemuka dan panel pintu. Kemasan yang digunakan ini menjadikan kereta kelihatan lebih sofistikated. 

Volkswagen Taos dihasilkan di kilang yang terletak di General Pacheco, berdekatan Buenos Aires, Amerika Selatan.  Ia dijangkakan akan memasuki pasaran bermula daripada suku kedua tahun ini. 


Gallery

Tag:

#Volkswagen
Volkswagen Taos
VW Taos
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

28-01-2025
Global

15-01-2025
EV

16-03-2024
EV

14-03-2024
Berita Auto

13-03-2024
Berita Auto

11-03-2024
EV

23-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026