Link Copiedcheck_circle
Global

Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024

Sofea Najmi

Kongsi melalui

VW-Golf-R-Mk8.5-Teaser-1.jpg


Volkswagen telah menerbitkan beberapa keping foto Golf R Mk 8.5 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. 



Baru-baru ini, Volkswagen (VW) telah mengemaskini model Golf generasi kelapan yang diberikan perubahan kecil dari segi reka bentuk luaran dan ciri di dalam kabin yang kini diberikan butang kawalan fizikal. Sebelum ini, Volkswagen telah mendedahkan varian standard dan GTI, namun masih belum mendedahkan varian dengan spesifikasi tertinggi, Golf R. Jadi, apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...


VW-Golf-R-Mk8.5-Teaser-3.jpgVW-Golf-R-Mk8.5-Teaser-7.jpg


Golf R dengan pelekat samaran biru


Golf R Mk 8.5 yang didedahkan melalui foto-foto ini 'terlindung' dalam pelekat samaran biru, namun kita masih dapat melihat beberapa sentuhan baharu model ini, misalnya rekaan lampu dan bampar hadapan yang berbeza berbanding sebelum ini. Selain itu, terdapat sensor radar yang dipasang di bahagian tengah sudut hadapan, ciri ini tiada pada versi pra-facelfit. Tidak banyak sentuhan baharu yang dapat dilihat, termasuklah rim yang digunakan, masih sama seperti model semasa, iaitu rim Estoril bersazi 19 inci berwarna hitam. 


2024-VW-Golf-GTI-EXT-1-1024x683.jpg2024-VW-Golf-GTI-EXT-2-1024x683.jpg


Volkswagen Golf GTI Mk 8.5 Facelift


Volkswagen masih ‘berahsia’ mengenai peningkatan dari segi prestasi dan enjin yang diberikan kepada Golf R Facelift. Memandangkan Golf GTI yang menggunakan enjin TGDI 4-silinder 2.0 liter telah diberikan peningkatan output sehingga 261 HP, kita boleh mengharapkan varian R untuk turut menerima pertambahan kuasa daripada output semasanya, 315 HP. 


VW-Golf-R333-3.jpgVW-Golf-R333-5.jpg


VW Golf R 333 edisi terhad dilancarkan di Eropah tahun lalu


Untuk makluman, Volkswagen sebelum ini telah melancarkan Golf R 333 edisi terhad di pasaran Eropah, di mana model istimewa ini mendapat peningkatan kuasa sehingga boleh mencapai 328 HP atau 333 PS. 


CariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(2).jpgCariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(4).jpg


VW Golf R Mk 8 versi sebelum facelift


Menurut Ketua Volkswagen R, Reinhold Ivenz, Golf R Mk 8.5 yang dikemaskini dijadualkan untuk membuat kemunculan globalnya pada musim panas ini, di mana ini mungkin menjadi Golf berprestasi dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang terakhir dalam dunia automotif. 

VW-Golf-R-Mk8.5-Teaser-6.jpg

Tag:

#Volkswagen
Volkswagen Golf R
Volkswagen Golf
Volkswagen Golf Mk 8.5
Volkswagen Golf Generasi Kelapan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

28-01-2025
Global

15-01-2025
EV

16-03-2024
EV

14-03-2024
Berita Auto

13-03-2024
Berita Auto

11-03-2024
EV

23-02-2024

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026