Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hasrat Seorang Peniaga Untuk Memiliki Kereta Mewah Tidak Kesampaian Kerana Ditipu Scammer

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang peniaga berputih mata apabila kerugian RM22,166 gara-gara terpedaya dalam urusan pembelian kereta mewah yang tidak wujud pada 9 Februari lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu.

“Berdasarkan laporan polis, mangsa mendakwa dia tertarik untuk membeli kereta jenis Toyota Alphard yang dijual  dalam satu iklan pinjaman kenderaan di Facebook.

“Mangsa menghubungi ejen penjualan kereta itu dan selepas berbincang, dia bersetuju untuk membuat bayaran bulanan sebanyak RM431.30 untuk lima tahun.

“Mangsa kemudian memasukkan wang sebanyak RM22,166 ke   dalam akaun bank suspek menerusi empat transaksi secara dalam talian,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa mula menyedari dia ditipu ejen itu kerana kenderaan masih belum diterima manakala, suspek pula masih meminta wang daripadanya.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis kerana khuatir maklumat peribadinya disalah guna.

Sehubungan itu, Mohd Wazir menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang pembayaran tanpa memeriksa butiran lanjut mengenai ejen-ejen jualan kereta di Facebook.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Tag:

#PDRM
Toyota Alphard
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Viral: Penunggang Motosikal Rempuh Kenderaan Polis

Seorang remaja maut selepas 22 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan dengan kenderaan polis.

11-04-2024
Berita Auto

Ajaib! Pemandu Terselamat, Kereta Tertusuk Divider

Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya tertusuk divider jalan.

15-11-2022
Berita Auto

Berkempen Sehingga Langgar Undang-Undang Jalan Raya, PDRM Tak "Lepas"

Suasana berhampiran Parlimen Batu, Taman Koperasi Fasa 2 Kuala Lumpur kelihatan agak "meriah" apabila sekumpulan penyokong parti politik menunggang skuter elektrik dan ada yang menggunakan kereta buggy.

14-11-2022
Berita Auto

Tahun Ini Sahaja, Ada Dua Kes Pemandu Rempuh Tiang MRT

Seorang lelaki warga India maut selepas kereta dipandunya merempuh tiang MRT.

09-11-2022
Berita Auto

Berani Tahan Kenderaan Awam, Pengiring Marshal Kini Diburu Polis

Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai pengiring (marshal) konvoi motosikal yang memberhentikan kenderaan awam.

09-11-2022
Berita Auto

PRU15: Sempena Musim PRU15, Jangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan CAAM

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang musim PRU-15.

05-11-2022
Tips

Apa Fungsi Garisan Chevron?

JSPT kongsi beberapa tips untuk elak daripada melintasi garisan Chevron.

02-11-2022
Berita Auto

Pemandu Rentung, Kereta Terbakar 100 Peratus

Satu mayat rentung ditemui di tempat duduk pemandu dalam sebuah kenderaan yang terbakar 100 peratus di kilometer 2.0 Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

01-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026