Link Copiedcheck_circle
Tips

Apa Fungsi Garisan Chevron?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Benarkah masih ramai yang tidak tahu mengenai betapa bahayanya jika melintasi garisan Chevron?

Untuk makluman anda, antara fungsi utamanya adalah untuk memastikan aliran trafik tidak terganggu. 

Lazimnya, anda akan menemui garisan ini  sebelum dan selepas flyover.

Berkongsi pengalaman penulis sendiri, saya pernah ditahan polis trafik gara-gara memandu di atas garisan Chevron.

Ini kerana ia merupakan satu kesalahan kerana cuba memotong barisan ketika aliran trafik perlahan.

Bukan sengaja sebaliknya saya memang tidak tahu-menahu mengenai fungsi garisan Chevron ketika itu. 

Atas budi bicara polis trafik, saya bernasib baik kerana dilepaskan daripada dikenakan sebarang tindakan.

Selain penulis rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu tentang maksud garisan ini.

Terbaharu, seorang penunggang motosikal dirakam tergolek di atas jalan raya  gara-gara melalui garisan Chevron.


Anak panah menunjukkan garisan Chevron.

Klip video yang tersebar itu mendorong Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia(PDRM) tampil untuk berkongsi beberapa tips mengenai garisan itu.


Tips daripada JSPT.

Berikut adalah fungsi garisan Chevron:

Salah satu tanda pada permukaan turapan jalan untuk memberi panduan, amaran dan maklumat kepada pengguna jalan raya untuk tidak memasuki lorong lain secara sesuka hati.

Mengawal dan memastikan aliran trafik berjalan lancar.

Sebagai tempat untuk menolak kereta yang rosak .

Garisan ni dibuat supaya aliran trafik tidak terjejas jika ada kereta yang rosak.

Menurut JSPT, penunggang motosikal yang menunggang di garisan putih jalan raya boleh menyebabkan motosikal mereka tergelincir dan hilang kawalan.

“Untuk itu, elakkan dari berada di atas garisan putih jalan terutama ketika jalan basah. Pastikan tayar motosikal tidak botak kerana ia akan menyebabkan risiko kemalangan yang boleh meragut nyawa,” tulisnya di akaun Facebook.


Tag:

#PDRM
jspt
Chevron
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

31-03-2023
Berita Auto
Berita Auto

03-10-2022
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

19-08-2022
Berita Auto

05-07-2022
Berita Auto
Tahun Baharu Cina 2022: Rancang Perjalanan Anda!

Tahun Baharu Cina 2022: Rancang Perjalanan Anda!

Sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan PLUS menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

26-01-2022

Berita Terkini

Tips
Jadikan Kes Ini Pengajaran: Kenapa Aplikasi MyJPJ Tak Boleh Guna Di Luar Negara?

Jadikan Kes Ini Pengajaran: Kenapa Aplikasi MyJPJ Tak Boleh Guna Di Luar Negara?

Masih ramai tidak tahu, aplikasi MyJPJ tidak laku di luar negara.

13-07-2026
Tips
Kereta Makin Canggih, Tapi Mana Pergi Adab? Ini Tips Hidupkan Semula Trend Ucap Terima Kasih Di Jalan Raya

Kereta Makin Canggih, Tapi Mana Pergi Adab? Ini Tips Hidupkan Semula Trend Ucap Terima Kasih Di Jalan Raya

Kereta Makin Canggih Tapi Kedekut Bagi ‘Signal’? Ini Cara Ucap Terima Kasih Di Jalan Raya Yang Pemandu Moden Dah Lupa.

10-07-2026
Tips
Bila EV Tenggelam, Terbakar: Ini Tips Untuk Anda

Bila EV Tenggelam, Terbakar: Ini Tips Untuk Anda

Bahaya Voltan Tinggi! Ini Pantang Larang Penting Jika EV Anda Terbakar Atau Banjir.

17-06-2026
Tips
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"

21-05-2026
Tips
Hipnosis Lebuhraya: Bahaya Tersembunyi Di Sebalik Refleks 'Mujur Sempat Brek'

Hipnosis Lebuhraya: Bahaya Tersembunyi Di Sebalik Refleks 'Mujur Sempat Brek'

Kerap Mengelamun Semasa Memandu? Ini Cara 'Kejutkan' Otak Anda Sebelum Terlambat

15-05-2026
Tips
Analisis: Cukup Ke Kuota BUDI95 150 Liter Sebulan?

Analisis: Cukup Ke Kuota BUDI95 150 Liter Sebulan?

Kira-kira Minyak RM50: Berapa Jauh Anda Boleh Pergi Dengan 150 Liter?

12-05-2026
Tips
Cara Check Kereta Terpakai Pernah Accident

Cara Check Kereta Terpakai Pernah Accident

Panduan Lengkap Beli Kereta Terpakai: Cara Kenal Pasti Kesan Major Accident.

11-05-2026