Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kenderaan perisai pertama buatan Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

MILDEF International Technologies (MILDEF), syarikat perkhidmatan automotif kegunaan industri pertahanan Malaysia memperkenalkan  nama rasmi kenderaan perisai mobiliti tinggi pacuan empat roda (HMAV 4x4)) sebagai Tarantula baru baru ini.










Majlis itu dirasmikan  Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kem Perdana Sungai Besi, pada Jumaat lalu.




Susulan pelancaran jentera itu, beberapa media tempatan melaporkan bahawa kenderaan HMAV yang merupakan buatan pertama Malaysia itu telah menjalani beberapa ujian penilaian sebelum ia secara rasminya dinamakan Tarantula.

Jentera itu menjalani ujian selama sembilan hari daripada kumpulan uji nilai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Kementerian Pertahanan.

Ia merangkumi  ujian ketahanan di lebuh raya, penggunaan bahan api,  mengangkat beban, ujian mendaki, ujian kawasan cerun dan penggunaan brek  dimana ia membabitkan perjalanan sejauh 700 kilometer (km) di atas jalan raya dan 300 km secara “off road”.

Ujian itu dijalankan berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia.

Berikut merupakan beberapa fakta mengenai HMAV 4x4:

1. Nama kenderaan berperisai ini diambil daripada nama Tarantula iaitu kumpulan labah-labah bertaring yang besar. Ia berasal daripada spesies “earth tiger di Asia. Spesies yang unik itu dikatakan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia.

2. Tarantula HMAV 4x4 mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 110 kilometer sejam.

3. Kenderaan ini dihasilkan menerusi platform modular yang dilengkapi dengan spesifikasi asas dan paling maju bagi memenuhi keperluan spesifikasi standard negara.

4. Tarantula HMAV 4x4 direka untuk memuatkan sistem senjata yang moden termasuk Sistem Alat Kawalan Senjata Jauh bagi membolehkan ia melancarkan tembakan setinggi 360 darjah ketika pertempuran.

5. Sistem perlindungan perisai itu turut dikatakan mematuhi piawaian antarabangsa yang dikenali sebagai Stanag 4669 Level 2B bagi perlindungan di bahagian bawah dan Stanag 4569 Peringkat 2 untuk melindungi perisai badan kenderaan itu termasuk kru.

6. Jentera gergasi yang seberat 14 tan ini dikuasai dengan enjin diesel Caterpillar.

7. Kenderaan ini menggunakan sistem suspensi jenis bebas  dengan spring coil yang bukan sahaja meningkatkan pergerakan tetapi turut menawarkan keselesaan.

8. Ia dilengkapi dengan ciri Sistem Inflasi Sistem Inflasi Tayar Berpusat yang boleh diakses dari panel papan pemuka dimana ia boleh mengisi tekanan udara atau mengeluarkan tekanan berlebihan daripada tayar.

9. Pintu belakang Tarantula ini didatangkan dengan sistem hidraulik yang sesuai dengan misi ketenteraan atau untuk mana-mana misi pengaman Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.

Sehubungan itu, proses pembangunan Tarantula HMAV4X4 dikatakan telah mengambil masa empat tahun dengan kos berjumlah RM16 juta untuk menghasilkan prototaip itu.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026