Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Service Fast Lane Pertama BMW & MINI Diperkenalkan di Malaysia: Ada Lounge Cun!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pemenang BMW Excellence Club dalam kategori Platinum 2019 dan juga ahli yang memiliki jaringan terbesar mewakili para pengedar pengeluar premium BMW, Auto Bavaria Penang memperkenalkan pusat Service Fast Lane khas bagi kereta BMW & MINI yang pertama di Malaysia. 


Pusat servis yang baru sahaja dilancarkan ini terletak di Jalan Sungai Pinang di Penang. Berkeluasan 30,000 kaki persegi, pusat ini akan melengkapkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh fasiliti utamanya di Jalan Anson, Penang. 

Pelanggan dapat menikmati suasana perkhidmatan bertaraf premium. Ruang santai atau lounge untuk pelanggan berehat sementara menunggu kereta cukup selesa, lengkap dengan pendingin hawa. Fasiliti lain yang terdapat di pusat servis ini adalah enam petak penyelenggaraan serta dua ruang RATC (Reception at the Car).  Pusat ini memberi penumpuan sepenuhnya kepada proses membaikpulih dan menyelenggara secara berkala, penukaran tayar, pembaikan kosmetik dan beberapa lagi proses lain.  



Pengarah Pengurusan Sime Darby Auto Bavaria, Vi Thim Juan mengatakan bahawa konsep Service Fast Lane diperkenalkan kepada orang ramai dengan matlamat untuk membantu pelanggan menggunakan masa mereka secara optimum sementara menunggu kereta. Kos dan durasi perkhidmatan akan diberitahu terlebih dahulu sebelum pelanggan menetapkan waktu janji temu yang sesuai dengan masa mereka.  

"Pusat Service Fast Lane kami direka supaya dapat disesuaikan dengan rutin pelanggan dengan gangguan yang minimal.  Jadual janji temu servis juga fleksibel, pelanggan boleh membawa masuk kereta mereka pada waktu yang paling sesuai. Dengan adanya Service Fast Lane, penyelenggaraan dan pembaikan dapat dilakukan dalam jangka masa yang singkat sementara pelanggan menghirup kopi dan relaks di lounge kami," ujar Vi.

Sempena pembukaan pusat servis baharu ini, pelanggan akan menerima khidmat pemeriksaan 72-poin secara percuma bila menghantar kereta mereka ke BMW dan MINI Service Fast Lane daripada 1 Mei ke 31 Mei, 2021.  

Pusat Service Fast Lane BMW dan MINI akan beroperasi selama enam hari dalam seminggu bermula dari pukul 8 pagi ke 5 petang dari hari Isnin sehingga Jumaat. Pada hujung minggu pula iaitu hari Sabtu, waktu operasi adalah dari pukul 8 pagi ke 12.30 tengahari kecuali cuti umum.


Gallery

Tag:

Auto Bavaria
BMW MINI
Auto Bavaria Penang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Auto Bavaria & Affin Group Bekerjasama Bangunkan Infrastruktur Pengecasan EV

Pengedar kenderaan BMW di Malaysia, Auto Bavaria, mengumumkan kolaborasi strategik bersama Affin Group untuk membangunkan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

18-12-2024
Berita Auto

Eksklusif: Hanya Ada 20 Unit Di Auto Bavaria Seluruh Negara

Auto Bavaria bangga apabila menjadi pengedar pertama di Malaysia yang memperkenalkan dua model baharu.

12-06-2024
EV

DC Handal Dan Auto Bavaria Bekerjasama Untuk Perbanyak Stesen Pengecas DCFC

DC Handal telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Auto Bavaria. Ini rancangan kedua-dua syarikat...

07-12-2023
Berita Auto

Auto Bavaria Kenalkan Servis Baharu

Tawaran servis serba baharu ini bertujuan memenuhi keperluan peminat kereta klasik.

01-12-2023
EV

Pengecas Percuma Kereta Elektrik MINI Dibuka Di Gurney Plaza, Pulau Pinang

Auto Bavaria, rangkaian pengedar sah BMW, BMW Motorrad dan MINI yang terbesar di Malaysia telah melancarkan pembukaan fasiliti pengecasan MINI di Gurney Plaza.

27-02-2023
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Pusat Pameran MINI 1S Dibuka Di Ipoh, Perak

MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) melebarkan rangkaian jenamanya di utara Semenanjung Malaysia apabila membuka sebuah bilik pameran MINI baharu berstatus 1S di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

02-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026