Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia Motors Bekerjasama Dengan Bermaz Auto – Operasi CKD Bakal Dimulakan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kia Motors Corporation dan Bermaz Auto Bhd secara rasminya telah bekerjasama untuk memperluas pengeluaran dan juga pemasangan kenderaan Kia di Malaysia. Kerjasama baharu yang dikenali sebagai Kia Malaysia Sdn Bhd (KMSB) ini akan menjalankan proses pemasangan tempatan (CKD) bagi model kenderaan Kia di Malaysia (Kia JV).


Pada peringkat permulaan ini, tiga model dirancang untuk dipasang secara CKD. Dua model terawal yang telah disahkan ialah Kia Seltos dan juga Kia Carnival, model yang ketiga akan diumumkan pada peringkat yang seterusnya. Kia merancang untuk menjadikan KMSB sebagai hab pengeluar serantau bagi jenama Kia di pasaran ASEAN dan juga pasaran berpotensi yang lain.


Dalam masa yang sama, Kia juga telah melantik anak syarikat BAuto, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd (DJMSB), sebagai pengedar baharu Kia di Malaysia. Sebagai pengedar baharu, DJMSB memegang hak untuk mengedar dan menjual kereta keluaran Kia, sama ada CKD atau siap sepenuhnya (CBU), penjualan alat ganti asli serta pengendalian khidmat selepas jualan. DJMSB juga diberikan tanggungjawab untuk membina jenama Kia di Malaysia. 


"Selepas beberapa bulan mencari rakan kongsi yang sesuai, Kia berasa gembira untuk memasuki Kia JV dan Kia Distributorship dengan BAuto. Dengan kebolehan BAuto yang telah terbukti dalam pembinaan jenama automotif yang berjaya di Malaysia dan Filipina, serta pengalaman mereka dalam pengeluaran automotif, kami percaya yang kami telah meletakkan jenama Kia di tangan yang baik bawah kepimpinan Pengerusi Eksekutifnya,  Dato’ Sri Ben Yeoh," kata presiden dan CEO Kia Asia PasifikTae Hun (Ted) Lee.


"Kenderaan di bawah jenama Kia terkenal dengan gayanya yang menarik, padat dengan ciri-ciri pintar, kekerapan facelift dan juga pelancaran baharu yang membuatkan ramai pembeli teruja dengan produknya. Kia JV dan Kia Distributorship akan menyempurnakan perniagaan automotif Group kami yang sedia ada dan kami menjangkakan sebuah kerjasama yang berjaya dengan Kia," kata pengerusi eksekutif BAuto Datuk Seri Ben Yeoh.

Tambah Ted Lee, "BAuto ialah sebuah syarikat tersenarai awam di negara Malaysia. Ia memiliki pasukan pengurusan yang kukuh dan juga rekod prestaasi yang baik. Oleh sebab itu, Kia yakin bahawa Kia JV dan Kia Distributorship akan menggalakkan pertumbuhan dan membawa kebaikan sinergi kepada kedua-dua pihak."


Tag:

Kia Motors
bermaz auto
Kia Carnival
Kia Seltos
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Beli Kereta Kia & Menang 2 Tiket Ke Australia Open 2025

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif model Kia di Malaysia, telah mengumumkan pelancaran kempen “Australia Open 2025 with Kia."

03-08-2024
Global

Negara Jiran Dah Dapat EV9, M'sia Bila Lagi?

SUV Kia EV9 versi elektrik dipamerkan pada SGMS.

16-01-2024
Berita Auto

Belum Lagi Didedahkan Tapi Imej Kia Picanto 2024 Bocor Lebih Awal!

Imej Kia Picanto versi facelift 2024 tersebar untuk tatapan umum lebih awal daripada tarikh pelancaran.

06-06-2023
Pandu Uji

4 Benda Yang Mak-Mak Suka Tentang Kia Sorento!

CariCarz.com berpeluang menikmati pandu uji Kia Sorento 2023 baru-baru ini.

04-10-2023
Berita Auto

Bermaz Auto Panggil Balik 2 Model Tapi Ada Sebabnya!

Bermaz panggil semula model Citroen/DS 2009-2017.

19-09-2023
Berita Auto

Peugeot Roadshow: Macam-Macam Model Ada!

Peugeot Roadshow sedang berlangsung di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya.

17-05-2023
EV

Bermaz Auto Ingin Tumpu EV, Pertimbangkan XPeng, Dongfeng, dan Geely

Bermaz Auto (BAuto) sedang merancang untuk memasuki pasaran kenderaan elektrik (EV).

10-05-2023
Berita Auto

Pakej Penggayaan Sporty Edisi Khas Peugeot 2008 Kini Ditawarkan, Harga RM2.9K

Pengedar tunggal kenderaan keluaran syarikat Perancis, Peugeot bagi pasaran Malaysia, Bermaz Auto Alliance, telah memperkenalkan pakej penggayaan bagi crossover kompak Peugeot 2008.

07-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026