Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

4 Benda Yang Mak-Mak Suka Tentang Kia Sorento!

Suhana Veru

4-10-2023

Kongsi melalui

image.png

Sebagai golongan mak-mak, penulis sememangnya suka dengan kereta-kereta yang besar gedabak.

Bukan apa, sejak ada anak-anak, sebagai ibu saya sememangnya suka kereta yang luas kerana ia membuatkan rasa selesa terutama ketika melakukan perjalanan ke negara-negara jiran.

image.png

Jika dibandingkan dengan zaman bujang, bawa beg tangan sudah memadai namun selepas bergelar ibu, bukan sahaja membawa beg persalinan tetapi  kereta sorong bayi, bantal, snek, botol air, tisu basah, kasut, mainan dan banyak lagi.

Semua ini memerlukan ruang yang banyak .

Lagipun,  cubaan untuk menyumbat segala keperluan ini di bahagian tempat duduk penumpang apabila but kereta sudah penuh bukanlah idea yang bagus.

Jadi dengan adanya kereta seperti Kia Sorento in, ia sebenarnya banyak membantu golongan ibu seperti saya untuk mengangkut barang

Enggan menulis panjang lebar, saya ingin  ringkaskan 4 perkara yang ada wajib tahu tentang Kia Sorento 2.5G 2AWD 2023.

 KABIN SAIZ XL

Sebaik melangkah masuk ke bahagian penumpang, saya cukup tertarik dengan kabinnya.

 image.png

Di dalamnya, kabin ini luas dan direka dengan baik. Ia mempunyai penampilan moden dengan bahan berkualiti tinggi dan terdapat banyak ciri kemudahannya.

Kia Sorento menawarkan tujuh tempat duduk dengan ruang kaki dan ruang kepala yang mencukupi di kedua-dua tempat duduk hadapan dan belakang.

Biarpun, barisan akhir tempat duduknya tidak direbahkan ke bawah, ia menawarkan kapasiti kargo seluas 187 liter.

image.pngimage.png

Ini bermakna, anda boleh menyumbat pelbagai barangan runcit yang dibeli untuk sebulan.

Difahamkan, ruang but Sorento adalah seluas 616L namun boleh dibesarkan sehingga 6,011 liter sekirannya  tempat duduk barisan kedua dan ketiga direbahkan.

Jadi, anda tidak mempunyai sebarang masalah jika mahu membeli laci atau barangan perabot yang bersaiz kecil dari IKEA.

Semuanya boleh disumbat di dalam kereta ini. Pendek kata, kalau anda nak pindah rumah, ia boleh digunakan untuk memindahkan barang tetapi yang bersaiz kecil.

Menyentuh mengenai tempat kerusinya, barisan tempat duduk ketiga menawarkan ruang yang cukup selesa terutama buat kanak-kanak mahupun remaja.

image.png

Malah, penulis yang cuma setinggi 157 sentimeter juga berasa selesa berada di ruang belakang ini kerana ia tidaklah begitu sempit.

Cuma ia kurang sesuai buat mereka yang berbadan gempal.

Sebaliknya, bagi barisan tempat duduk kedua, ia hadir dengan kerusi kapten dan memudahkan penumpang belakang keluar masuk ke bahagian belakang sekali

Malah, bagi kerusi belakang, terdapat juga penghawa dingin dan port pengecas USB serta ruang letak telefon termasuk pemegang cawan.

Terdapat juga tempat pegangan tangan di setiap panel pintu yang mungkin boleh digunakan sekiranya berlaku sebarang kemalangan. Lagipun, barisan tempat duduk ketiga tidak didatangkan dengan handle tangan.

Pendek kata, kabinnya cukup selesa dan dilengkapi dengan pelbagai ciri untuk memudahkan urusan si penumpangnya.

Sebenarnya susunan Sorento ini wajar diberi pujian kerana pengeluar kereta ini cukup bersungguh memberikan pelbagai penawaran demi memuaskan hati si pembelinya. 

Apa yang penting, ia cukup luas dan dapat memudahkan urusan harian anda.

 image.png

DESIGN GEMPAK

Walaupun saya katakan ia sesuai untuk mak-mak tetapi SUV ini cukup bergaya dan umpama kereta mat salleh.

Nampak sangat macam kereta Amerika! Apa tidaknya, designer dia adalah bekas jurureka Audi iaitu Peter Schreyer yang telah terbukti membawa kejayaan besar pada Kia. 

image.png

Saya amat suka melihat punggungnya kerana ia didatangkan dengan kemasan setting krom.

Selain itu, lampu belakangnya disusun secara menegak sekali gus membuatkan ia agak bergaya.

Terdapat juga reflector dan lampu undur.

Beralih ke sisi, ia saling tidak tumpah seperti Proton X90 tetapi Kia Sorento ini lebih padu sedikit kerana rekaannya agak berani, segar dan cukup tajam.

Kenapa saya katakan tajam?

image.png

Ini kerana muncungnya dihiasi dengan gril hidung harimau dan tertera dengan logo baharu KIA.

Apa tidaknya, ia didatangkan dengan rekaan  evolusi rekaan dari Schreyer

Malah rekaan perumah lampu LED yang tirus dengan tiga kluster menonjolkan lagi elemen ketajamannnya yang turut dilengkapi dengan jalur lampu nyalaan siang hari.

image.pngimage.png

Ia juga menggunakan rim aloi bersaiz 18 inci membuatkan ia lebih gagah. Apapun, hasil rekaan Kia ini dilihat cukup berani dan lagi agresif berbanding seterunya.

Malah, penulis cukup tertarik dengan design cermin tingkap kereta ini kerana ia membuatkannya lebih mengancam dan sedikit sporty.

image.png

Ini pandangan penulis, bagaimana pula pandangan anda?

PANDU UJI

Di atas kertas, jentera ini menggunakan enjin MPI 4 silinder  SmartStream 2.5L dengan transmisi automatik 6-kelajuan yang memberikannya output 177 hp/232 Nm.

Namun kami kurang setuju dengan daya kilasnya kerana ia tidaklah begitu kuat.

image.pngimage.png

Dengan berat 1,719 kilogram, ia perlu menggunakan rangkaian kuasa lebih sedikit.

Biarpun pecutannya tidaklah begitu hebat namun ini tidak bermakna jentera ini lembap!

Dengan kuasanya itu, ia masih mampu menghantar kuasa yang cukup. Maka, pecutannya kira boleh pergi.

Jadi, jika anda memandu di lebuhraya, anda boleh kekal di lorong kanan sepanjang masa.

Untuk makluman anda, ia didatangkan dengan empat mod pemanduan: Eco, Normal, Sport dan Smart.

Sebagai pemandu, saya berasa sedikit berat ketika membawa tujuh penumpang dewasa namun saya terpaksa mengerah SUV ini untuk menjadi lebih responsif dengan menekan mod Sport.

Dengan posisi Sport, ia sentiasa menjadi pilihan jika inginkan lebih tenaga dan lonjakan kuasa.

HARGA

Mengenai harganya, Kia Sorento generasi keempat ini dijual pada harga RM211,498.40 tanpa insurans.

Ya, itu adalah harga sebenarnya dan angka itu dilihat agak sengit berbanding seterunya dari China, Eropah, Jepun dan Malaysia.

Seperti biasa, Kia Malaysia menawarkan jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun atau perbatuan 100,000 km termasuk servis percuma selama 5 tahun yang akan menjadikan anda lebih tenang memandu kereta jenama KIA.

SPESIFIKASI 

KIA SORENTO 2.5G 2AWD 7 TEMPAT DUDUK

ENJIN

2.5-litre DOHC 4-cyl petrol with

variable valve timing (VVT)

TRANSMISI

6-speed Automatic,

front-wheel-drive (FWD)

KUASA

177 HP @ 6,000 RPM

TORK

232 NM @ 4,000 RPM

0-100 KM/J

N/A

V-MAKS

N/A

EKONOMI

N/A

BERAT

1,719 KG (kerb)

HARGA

RM211,498.40
(tidak termasuk insurans)

Gallery

Tag:

Kia Sorento
bermaz auto
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji
Kia Carnival, Sorento:  Diterjemahkan Dalam 2 Cara Yang CUKUP Hebat

Kia Carnival, Sorento: Diterjemahkan Dalam 2 Cara Yang CUKUP Hebat

Inginkan kereta tiga barisan tempat duduk dengan penggayaan dan teknologi canggih? Maka Kia Carnival dan Sorento generasi terkini sudah boleh dipertimbangkan.

07-06-2024
Global
Kia Sorento Nampak Sama Macam EV9?

Kia Sorento Nampak Sama Macam EV9?

Ini dia Kia Sorento 2025.

25-07-2023
Berita Auto
Kia Sorento 2023 Dipertontonkan – 7 Tempat Duduk, 2 Trenkuasa, Harga Dianggarkan Dari RM220K

Kia Sorento 2023 Dipertontonkan – 7 Tempat Duduk, 2 Trenkuasa, Harga Dianggarkan Dari RM220K

Bermaz Auto Berhad (BAuto) baru–baru ini telah mempertontonkan kepada pihak media SUV crossover Kia Sorento 7 tempat duduk generasi ke-4. Ini perinciannya...

16-01-2023
Berita Auto
Bermaz Auto Panggil Balik 2 Model Tapi Ada Sebabnya!

Bermaz Auto Panggil Balik 2 Model Tapi Ada Sebabnya!

Bermaz panggil semula model Citroen/DS 2009-2017.

19-09-2023
Berita Auto
Peugeot Roadshow: Macam-Macam Model Ada!

Peugeot Roadshow: Macam-Macam Model Ada!

Peugeot Roadshow sedang berlangsung di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya.

17-05-2023
EV
Bermaz Auto Ingin Tumpu EV, Pertimbangkan XPeng, Dongfeng, dan Geely

Bermaz Auto Ingin Tumpu EV, Pertimbangkan XPeng, Dongfeng, dan Geely

Bermaz Auto (BAuto) sedang merancang untuk memasuki pasaran kenderaan elektrik (EV).

10-05-2023
Berita Auto
Pakej Penggayaan Sporty Edisi Khas Peugeot 2008 Kini Ditawarkan, Harga RM2.9K

Pakej Penggayaan Sporty Edisi Khas Peugeot 2008 Kini Ditawarkan, Harga RM2.9K

Pengedar tunggal kenderaan keluaran syarikat Perancis, Peugeot bagi pasaran Malaysia, Bermaz Auto Alliance, telah memperkenalkan pakej penggayaan bagi crossover kompak Peugeot 2008.

07-04-2023
Berita Auto
Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K

Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K

Senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat.

31-03-2023

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025