Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Petronas: Pasaran EV Di Malaysia Masih Belum Sedia, Semuanya Bergantung Kepada Perkembangan Masa

Suhana Veru

Kongsi melalui

PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) menyifatkan pihaknya masih menunggu masa yang tepat untuk mengembangkan rangkaian pengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan pasaran EV di Malaysia dilihat masih belum stabil.


Pengerusi PDB, Datuk Md Arif Mahmood menegaskan bahawa pasaran EV bakal menjadi satu trend pada masa hadapan.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan yang bukan sahaja menyediakan bahan api dikatakan merancang memiliki perkhidmatan yang lebih mudah dan sederhana untuk  pelanggannya pada masa hadapan.

“Ketika ini, PETRONAS memiliki 60 stesen yang dilengkapi dengan port pengecas untuk kenderaan elektrik namun malangnya, penggunaan kemudahan itu dilihat masih rendah.

“Kami sememangnya merancang untuk menambahkan stesen port pengecas untuk kegunaan kenderaan elektrik di Malaysia tetapi semua ini melibatkan waktu yang sesuai,” katanya.


Tambah beliau, kadar penembusan pasaran EV bukan masa yang sesuai untuk meningkatkan stesen pengecas.

“Sebaliknya, PDB akan menambahkan perkhidmatan itu mengikut permintaan pelanggan di kawasan tertentu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai EV pada Mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PDB di ibu negara baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, di sebalik kelembapan ekonomi Malaysia akibat Covid-19, laporan kewangan PETRONAS  untuk tahun lalu menunjukkan bahawa keuntungan sebelum cukai telah mencecah RM386.4 bilion.

Pada masa sama, PDB turut mengumumkan dividen 38 peratus per saham iaitu bersamaan dengan kadar dividen 96 peratus.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, syarikat telah mengadaptasi dengan perubahan pasaran dan memastikan bahawa ia  masih membawa keuntungan walaupun berlakunya ketidaktentuan dalam pasaran.

Petronas dikatakan masih menerajui pasaran  sekali gus mencerminkan daya ketahanan syarikat.

"Dengan kemunculan industri tenaga dan e-commerce, kita sekarang perlu meningkatkan perniagaan agar dapat menyesuaikan diri dengan keperluan masa hadapan,” katanya.

Selain bahan bakar, perniagaan gas petroleum cecair (LPG) mengukuhkan kedudukan dengan menerajui pasarannya dengan memperluas asas pelanggan komersial dan saluran jualan baharu untuk isi rumah sekali gus menjadikan GAS PETRONAS dapat diakses oleh pengguna. Perniagaan LPG akan terus berkembang, termasuk penggunaan platform digital untuk memudahkan pelanggan.

Pada masa sama, syarikat juga dikatakan telah mempelbagaikan produknya bagi memasukkan gas asli cecair (LNG) sebagai pilihan bahan bakar yang lebih bersih, melalui sistem saluran paip maya (VPS) PETRONAS Group.

Ini menjadikannya ia merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan LNG kepada pelanggan luar talian melalui tangki jalan raya. 

Sehubungan itu, syarikat juga sedang membangunkan rancangan untuk mempromosikan pertumbuhan perniagaan runcitnya dengan menggunakan tenaga lestari dimana ia akan menggunakan bahan pembungkusan yang lebih mesra alam.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026