- Berita
- Berita Auto
- Petronas: Pasaran EV Di Malaysia Masih Belum Sedia, Semuanya Bergantung Kepada Perkembangan Masa
Petronas: Pasaran EV Di Malaysia Masih Belum Sedia, Semuanya Bergantung Kepada Perkembangan Masa
PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) menyifatkan pihaknya masih menunggu masa yang tepat untuk mengembangkan rangkaian pengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan pasaran EV di Malaysia dilihat masih belum stabil.

Pengerusi PDB, Datuk Md Arif Mahmood menegaskan bahawa pasaran EV bakal menjadi satu trend pada masa hadapan.
Bagaimanapun, syarikat berkenaan yang bukan sahaja menyediakan bahan api dikatakan merancang memiliki perkhidmatan yang lebih mudah dan sederhana untuk pelanggannya pada masa hadapan.
“Ketika ini, PETRONAS memiliki 60 stesen yang dilengkapi dengan port pengecas untuk kenderaan elektrik namun malangnya, penggunaan kemudahan itu dilihat masih rendah.
“Kami sememangnya merancang untuk menambahkan stesen port pengecas untuk kegunaan kenderaan elektrik di Malaysia tetapi semua ini melibatkan waktu yang sesuai,” katanya.

Tambah beliau, kadar penembusan pasaran EV bukan masa yang sesuai untuk meningkatkan stesen pengecas.
“Sebaliknya, PDB akan menambahkan perkhidmatan itu mengikut permintaan pelanggan di kawasan tertentu,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai EV pada Mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PDB di ibu negara baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, di sebalik kelembapan ekonomi Malaysia akibat Covid-19, laporan kewangan PETRONAS untuk tahun lalu menunjukkan bahawa keuntungan sebelum cukai telah mencecah RM386.4 bilion.
Pada masa sama, PDB turut mengumumkan dividen 38 peratus per saham iaitu bersamaan dengan kadar dividen 96 peratus.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, syarikat telah mengadaptasi dengan perubahan pasaran dan memastikan bahawa ia masih membawa keuntungan walaupun berlakunya ketidaktentuan dalam pasaran.
Petronas dikatakan masih menerajui pasaran sekali gus mencerminkan daya ketahanan syarikat.
"Dengan kemunculan industri tenaga dan e-commerce, kita sekarang perlu meningkatkan perniagaan agar dapat menyesuaikan diri dengan keperluan masa hadapan,” katanya.
Selain bahan bakar, perniagaan gas petroleum cecair (LPG) mengukuhkan kedudukan dengan menerajui pasarannya dengan memperluas asas pelanggan komersial dan saluran jualan baharu untuk isi rumah sekali gus menjadikan GAS PETRONAS dapat diakses oleh pengguna. Perniagaan LPG akan terus berkembang, termasuk penggunaan platform digital untuk memudahkan pelanggan.
Pada masa sama, syarikat juga dikatakan telah mempelbagaikan produknya bagi memasukkan gas asli cecair (LNG) sebagai pilihan bahan bakar yang lebih bersih, melalui sistem saluran paip maya (VPS) PETRONAS Group.
Ini menjadikannya ia merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan LNG kepada pelanggan luar talian melalui tangki jalan raya.
Sehubungan itu, syarikat juga sedang membangunkan rancangan untuk mempromosikan pertumbuhan perniagaan runcitnya dengan menggunakan tenaga lestari dimana ia akan menggunakan bahan pembungkusan yang lebih mesra alam.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
