Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Toyota Luxury - Toyota Harrier akhirnya telah tiba di Malaysia!

Suhana Veru

Kongsi melalui

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengimport, pemasang dan pengedar kenderaan jenama Toyota di negara secara rasminya mempamerkan generasi keempat Toyota Harrier serba baharu.

Sejak pertama kali diperkenalkan sekitar tahun 1997, Harrier telah menjadi sebuah nama yang dikenali di Malaysia kerana menawarkan pakej penggayaan serta tahap  kebolehpercayaan.

"Harrier serba baharu ini tampil dengan sisi emosi, elegan dan ekspresif dan akan menarik lagi perhatian yang telahpun dinikmatinya dalam pasaran Malaysia selama ini,” kata  Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Bagaimanapun, generasi keempat Harrier telah dilancarkan di Jepun pada Jun tahun lalu dimana Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara yang menyaksikan Harrier dijual melalui saluran rasmi.

Setiap pembelian kereta itu dikatakan merangkumi jaminan kilang lima tahun tanpa had perbatuan termasuk sokongan lepas jualan yang menyeluruh menerusi  semua pusat servis rasmi Toyota di seluruh negara.

 Ia juga memberikan dengan jaminan ketersediaan komponen  alat ganti yang asli.

Malah, model baharu itu  yang ditawarkan dalam satu pilihan varian hadir dengan lima warna iaitu White pearl Crystal Shine, Steel Blonde Metallic, Dark Blue Metallic, Slate Gray Metallic dan Precious Black.

Sebagai perbandingan, model Singapura yang hadir dengan dua varian, 2.0 Elegance dan 2.5 Hibrid Luxury dikatakan menawarkan warna tambahan iaitu Sensual Red Mica selain lima warna yang dimiliki Malaysia


Menyentuh mengenai bahagian luarannya, model generasi keempat ini dilengkapi dengan lampu hadapan BI-LED projektor automatik, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED depan dan belakang, kombinasi lampu LED belakang,  cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik selain terdapat lampu belok LED.

 Ia juga hadir dengan lampu selamat datang , pintu tailgate berkuasa dengan penderia tendangan serta sistem ekzos dua peredam selain rim aloi bersaiz 18 inci.

Kenderaan ini dikatakan lebih besar berbanding keluaran sebelum ini memandangkan ia menampilkan bayangan lebih dinamik dimana  pereka Toyota cuba membayangkan konsep Dignified Elegance.


Konsep Dignified Elegance dilanjutkan ke seluruh rekaan dalaman sekali gus  menonjolkan aura versaliti dengan kombinasi kemasan yang berkualiti tinggi.

Kenderaan itu juga hadir dengan kawalan iklim dua zon, ruang dalaman dibaluti dengan material kulit, Meter Optitron Gred Tinggi dengan Paparan Head-Up dan Paparan Pelbagai-Maklumat Warna.

Malah, terdapat juga sistem kemasukan kunci pintar, sistem mula kereta, cermin pandangan belakang digital, pengecas tanpa wayar  termasuk bumbung panoramik, moonroof.


Harrier sejak dulu merupakan  penentu corak dan gaya. Ia yang mengambil pendekatan unik terhadap gaya serta pakej keseluruhannya sekali gus dapat membezakan model ini dengan  pesaingnya.

“Model baharu ini bukan hanya mengekalkan kedudukan sebelum ini tetapi juga sangat yakin untuk memberi definisi baru sebagai sebuah SUV premium zaman moden,” kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Beralih kepada bahagian prestasi kenderaan ini, Harrier 2.0 Luxury ini dikuasai doleh  enjin terkini Dynamic Force (M20A-FKS) 2-liter empat-silinder DOHC dengan Dual VVT-I yang dikawal secara elektronik.

Enjin kenderaan ini dikatakan mampu mendapatkan maklum balas lebih pantas.  Malah ia merupakan  versi paling maju bagi sistem berkenaan yang dibangunkan oleh jurutera Toyota sejak diperkenalkan 30 tahun lalu.

Oleh itu, ia mampu menghamburkan kuasa 170hp dan tork 203 Nm manakala, kecekapan bahan api ini mampu mencecah 15.3km/l.


Aspek keselamatan Harrier serba baharu ini telah ditingkatkan menerusi teknologi Toyota Safety Sense (TSS). 

Sistem TSS ini termasuk Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), Amaran Keluar Laluan (LDA), Bantuan Kekal Laluan (LKA), Bantuan Pengesanan Laluan (LTA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dan Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif (AHS), Kawalan Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang dengan Brek Automatik

Tidak sekadar itu sahaja, Toyota juga dilihat amat menitikberatkan aspek keselesaan penumpang dimana kenderaan ini menyediakan komponen pengurangan Getaran Bising dan Kasar (NVH) dengan menggunakan tingkap penyerap bunyi.

Kemudahan ini membuatkan ruang kabin lebih senyap sekali gus menjadikan pengalaman pemanduan yang lebih tenang.



Dibangunkan dengan menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) GA-K, Harrier direka dengan struktur badan lebih kukuh dengan titik graviti lebih rendah untuk memberikannya keselesaan, kelincahan serta prestasi pemanduan yang lebih baik.

Ia yang diimport secara sepenuhnya dari kilang Takaoka Toyota di Jepun, Harrier 2.0 Luxury Grade ditawarkan pada harga RM249,706.50 tanpa cukai jalan dan insuran.. 

Jadi, apa pendapat anda mengenai Harrier baharu ini? Adakah ia sama seperti keluaran sebelum ini? Jangan lupa komen di bawah ruangan ini!

Gallery

Tag:

UMW Toyota Motor
Toyota Harrier
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-04-2025
Gaya Hidup

16-06-2024
Berita Auto

23-03-2024
EV

22-02-2024
Global

09-02-2024
Berita Auto

30-01-2024
EV

18-01-2024
Berita Auto

22-12-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026