- Berita
- Berita Auto
- Rebat Sehingga RM30K Bagi Pembelian Subaru Forester! - Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Rebat Sehingga RM30K Bagi Pembelian Subaru Forester! - Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Pengedar eksklusif Subaru Forester di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd kini memperkenalkan Pakej Promosi Forester yang mana pembeli akan menerima rebat sehingga RM30,000 bagi setiap pembelian Subaru Forester.

Model yang bermula daripada harga RM159,788 ini didatangkan dalam enam varian berbeza iaitu:
• Forester 2.0i-L GT Lite Edition
• Forester 2.0i-S
• Forester 2.0i-S GT Lite Edition
• Forester 2.0i-S Eyesight
• Forester 2.0i-S Eyesight GT Lite Edition
• Forester 2.0i-S Eyesight GT Edition

Pelanggan yang ingin membeli boleh memilih untuk menukar-milik kenderaan lama yang dimiliki melalui program Special Trade-In Assist ataupun Bantuan Pertukaran Istimewa daripada TC Subaru. Setiap Forester baharu yang dibeli turut didatangkan dengan jaminan selama 5 tahun.

Namun begitu, pakej promosi ini hanyalah ditawarkan untuk model tahun yang terpilih dan dalam pilihan warna yang terhad sahaja.

TC Subaru turut mengumumkan bahawa ia akan terus menawarkan inisiatif ‘Test-drive at Home’ atau pandu uji di rumah untuk memudahkan pelanggan mencuba kereta sebelum membuat pembelian. Anda boleh membuat janji temu dengan showroom Subaru berdekatan.

Untuk keselesaan pelanggan, Subaru mengambil langkah yang proaktif dalam penjagaan kebersihan dengan melakukan proses sanitasi yang terperinci terutamanya pada bahagian-bahagian yang banyak disentuh.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

