Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

INFINITI QX55 2022 Bakal Dilancarkan Di AS – Adakah Rakyat Malaysia Dapat Merasa?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Baru-baru ini, INFINITI telah mengumumkan bahawa model crossover coupe baharu mereka, INFINITI QX55  2022 bakal ditawarkan dalam harga yang bermula daripada $46,500 (RM191,487) MSRP. Model yang akan kunjung tiba pada bulan April di seluruh Amerika Syarikat ini akan ditawarkan dalam tiga gred berbeza iaitu LUXE, ESSENTIAL dan SENSORY.


Model ini akan dimuatkan dengan sistem pacuan semua roda pintar, rim bersaiz 20 inci, teknologi wireless Apple CarPlay  dan juga kargo peneraju kelas secara standard. 

Sebagai tambahan kepada ciri standard, QX55 LUXE akan dilengkapi dengan moonroof bergelas tinted  yang boleh digelangsar secara automatik, kerusi depan ergonomik dan boleh dipanaskan, riasan dalaman yang berwarna aluminium gelap dan Penghapus Bunyi Aktif. 

Dari segi keselamatan, model ini menampilkan ciri-ciri seperti Brek Kecemasan Hadapan dengan pengesan pejalan kaki, Brek Automatik Belakang, Amaran Pelanggaran Hadapan Prediktif, Bantuan Lampu Suluh Tinggi, Amaran Keluar Laluan, Amaran Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang. Selain itu, sambungan 4G LTE dengan Wi-Fi juga turut ditawarkan. Teknologi ini boleh disambungkan kepada sehingga tujuh buah peranti. 



QX55 akan dikuasakan oleh enjin VC-Turbo 268 hp yang digabungkan dengan CVT dengan stereng yang dilengkapi penganjak pedal serta mod manual.  Pemilih Mod Pemanduan (Drive Mode) membenarkan pemandu untuk memilih tetapan yang sesuai dengan perjalanan. Sistem InTouch dwi-skrin INFINITI adalah sistem yang bersaiz 8 inci untuk skrin sentuh atas dan 7 inci untuk skrin sentuh bawah. Skrin ini menjadikan akses untuk hiburan dan informasi semuanya hanya di hujung jari. 


Seterusnya, QX55 ESSENTIAL pula menawarkan pelbagai ciri standard yang dapat menyempurnakan Pakej ProASSIST seperti lampu depan LED berbentuk kiub, sistem pencahayaan depan adaptif, Kawalan Pelayaran Pintar, Bantuan Kawalan Jarak, Intervensi Titik Buta dan Pencegahan Keluar Laluan. 

Sementara itu, Pakej ProACTIVE  juga turut ditawarkan. Pakej ini merangkumi Pengecaman Papan Tanda Trafik, Stereng Adaptif Terus, Paparan Head-Up iaitu paparan pada lingkungan pandangan pemandu, dan juga Sistem Bantuan ProPILOT yang inovatif untuk menyokong pemandu melalui penawaran ciri seperti Bantuan Stereng dan juga Kawalan Pelayaran Pintar. Sistem kawalan ini lengkap dengan julat berkelajuan penuh, berhenti dan tahan.  

INFINITI QX55 SENSORY 2022 memiliki kesemua ciri yang dinyatakan tetapi ditambah dengan tempat duduk balutan kulit semi-aniline, riasan kayu dengan pori terbuka semula jadi, sistem kawalan iklim automatik tiga zon, pintu belakang yang boleh diaktifkan melalui pergerakan dan kabin dalaman dengan pencahayaan ambien. 



QX55 ditawarkan dalam lapan warna berbeza iaitu Majestic White, Liquid Platinum, Graphite Shadow, Mineral Black, Black Obsidian dan Hermosa Blue. Dua ton yang menonjol turut ditawarkan iaitu Dynamic Sunstone Red dan Slate Gray.

Untuk kabin dalamannya, permukaan tempat duduk dengan balutan kulit semi aniline berwarna Graphic dan Stone ditawarkan. Anda juga boleh memilih untuk menggabungkan warna merah Monaco dengan Graphite bagi balutan kulit semi aniline yang dapat memancarkan ekspresi berani.

Pembeli boleh melakukan tempahan secara digital yang membolehkan pembeli menjadi antara yang terawal menerima QX55 2022 sebaik ianya tiba.  Model ini dijangkakan akan sampai kepada pasaran penting lain di dunia selepas pelancaran awal di Amerika Syarikat dan Kanada diadakan pada musim bunga nanti. 

Namun begitu, ada berita menyedihkan untuk peminat kereta Nissan di Malaysia. Nissan Motor Co. Ltd telah mengambil keputusan untuk menarik Infiniti keluar dari Asia dan Oceania (kecuali China). Nampaknya, tak dapatlah kita melihat QX55 berpijak di bumi Malaysia. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Bakal Kembali Ke Sepang? PM Anwar Buat Pengumuman Status F1 Malaysia Esok

Bakal Kembali Ke Sepang? PM Anwar Buat Pengumuman Status F1 Malaysia Esok

F1 Kembali Ke Malaysia? Tunggu Pengumuman PM Anwar Esok.

25-07-2026
Berita Auto
Orang PJ, Damansara Boleh Lega, RM44.5 Juta Diluluskan Atasi Isu Banjir Kilat

Orang PJ, Damansara Boleh Lega, RM44.5 Juta Diluluskan Atasi Isu Banjir Kilat

Kerajaan Lulus RM44.5 Juta Projek Mitigasi Banjir PJ dan Damansara

25-07-2026
Berita Auto
Peluang Cerah F1 Kembali ke Sepang? Ganti GP Bahrain Yang Dibatalkan

Peluang Cerah F1 Kembali ke Sepang? Ganti GP Bahrain Yang Dibatalkan

Ngauman F1 Bakal Gegarkan Litar Sepang Semula? Ini Respon KBS.

25-07-2026
Berita Auto
PROTON & e.MAS Buka 10 Cawangan Serentak Dalam Masa 10 Hari

PROTON & e.MAS Buka 10 Cawangan Serentak Dalam Masa 10 Hari

Kembangkan Empayar: PROTON & e.MAS Lebar Sayap, Pecah Rekod Buka 10 Cawangan Dalam 10 Hari.

24-07-2026
Berita Auto
Laluan Kereta Api Gemas-Gua Musang Siap Sepenuhnya

Laluan Kereta Api Gemas-Gua Musang Siap Sepenuhnya

Laluan Kereta Api Gemas-Gua Musang Siap Sepenuhnya, Pakej C Masih Tertangguh.

24-07-2026
Berita Auto
Ada Bintang Emas Di Plaza Tol? Ini Sebab Kenapa Lorong RFID Ada Bintang Emas?

Ada Bintang Emas Di Plaza Tol? Ini Sebab Kenapa Lorong RFID Ada Bintang Emas?

Selalu Terkandas Dekat RFID? TNG Perkenal Lorong RFID Bintang Emas & Ciri SOS Balance.

24-07-2026
Berita Auto
Jualan Kereta Nasional Melonjak, Perodua & Proton Terus Terajui Pasaran

Jualan Kereta Nasional Melonjak, Perodua & Proton Terus Terajui Pasaran

Kenapa Pembeli Malaysia Makin Setia Dengan Kereta Tempatan?

23-07-2026
Berita Auto
Kereta Dihempap Pokok Atau Tenggelam Banjir? Ini Cara Menuntut Ganti Rugi Daripada PBT

Kereta Dihempap Pokok Atau Tenggelam Banjir? Ini Cara Menuntut Ganti Rugi Daripada PBT

Panduan Menuntut Ganti Rugi Kereta Rosak Daripada PBT Akibat Kecuaian Penyelenggaraan.

23-07-2026