Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Memang Power! Lamborghini Urus Merekodkan Kelajuan Tertinggi Di Atas Laluan Berais!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Automobili Lamborghini telah memecahkan rekod kelajuan secara puratanya 114 km/j di atas laluan berais 1,000 meter di Tasik Baikal, Rusia.

"Cabaran ekstrem ini telah membuktikan bahawa Urus Super SUV mampu memberikan prestasi yang diharapkan daripada sebuah Lamborghini dari segi pecutan, kelajuan tertinggi serta pengendalian di atass apa sahaja jenis permukaan jalan: sama ada di lebuh raya, laluan off-road mahupun ais.  Kami teruja untuk melihat keputusan rasmi Urus yang dikeluarkan," ujar Konstantin Sychev, ketua Lamborghini Eropah Timur dan CIS. 



Dalam cabaran ini, Urus dipandu oleh pemegang rekod 'Days of Speed Russian' sebanyak 18 kali, Andrey Leontyev, dengan capaian kelajuan tertinggi 298 km/j semasa cabaran ini walaupun berlaku pemanasan ais di tasik terdalam dunia itu.  Namun begitu, semasa sesi latihan, Urus dikatakan berjaya mencapai kelajuan maksimum setinggi 302 km/j! 


Lamborghini Urus menunjukkan prestasi yang menakjubkan dengan tahap pengendalian yang baik walaupun melalui rintangan yang sukar seperti lantai licin yang mengurangkan cengkaman tayar dan juga pukulan angin yang kuat.


Kereta berkuasa tinggi ini menggunakan enjin 4.0 liter V8 turbo kembar yang menyalurkan kuasa kuda setinggi 650 hp pada 6,000 rpm sehingga 6,800 rpm serta tork 850 Nm pada 2,250 rpm. Urus memiliki antara kuasa output tertinggi iaitu 160 hp. Ia memiliki nisbah kuasa/berat 3.38 kg.


Lamborghini Urus mampu memecut daripada pegun kepada 100 km/j dalam masa hanya 3.6 saat dan mencapai 200 km/j dalam 12.8 saat dengan kelajuan tertinggi 305 km/j. Tidak disangkal lagi, ini adalah salah satu SUV yang terpantas ditawarkan di dunia.


 


Festival tahunan Days of Speed diadakan antara 10 Mac ke 13 Mac, 2021. Acara sukan rasmi yang diadakan adalah untuk memecahkan rekod kelajuan di atas laluan berais. Aktiviti tahunan ini mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh FIA (Federation Internationale de l'Automobile) dan RAF (Russian Automobile Federation).

Gallery

Tag:

#lamborghiniurus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Lamborghini Urus Adalah Model Paling Laris

Lamborghini Urus kini masih lagi memegang takhta sebagai SUV Lamborghini yang paling laris dijual.

08-06-2022
Berita Auto

Lamborghini Urus- Super SUV Paling Dikehendaki Pada 2021

SUV itu adalah antara model paling laris dalam sejarah syarikat mewah itu.

11-02-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026