Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lamborghini Urus- Super SUV Paling Dikehendaki Pada 2021

Suhana Veru

Kongsi melalui

Percaya atau tidak, ibu pejabat Lamborghini Urus berjaya meraih pendapatan sebanyak  €1.81 (RM8.6 bilion) pada tahun 2019 manakala €1.61 (RM7.6 bilion) pada tahun 2020.

Ini membuktikan biarpun kebanyakan negara pada masa itu berhadapan dengan pandemik Covid namun itu tidak menjadi penghalang buat pihak Lambo meraih keuntungan.


Berdasarkan data, sebanyak 16,000 Urus telah dihantar di seluruh dunia sekali gus menjadi ia sebagai model kenderaan utiliti sukan paling laris dalam sejarah syarikat mewah itu.

Nampaknya, Lamborghini Urus telah berjaya merintis segmen SUV dengan begitu baik sehingga mampu meraih jualan yang agak luar biasa.

Manakan tidak, dari tahun ke tahun, pendapatan syarikat itu mula meningkat 40 peratus dari €1,009 (RM4.8 juta)  kepada €1,415 (RM6.7 juta) pada tahun 2018.

Maka sempena keuntungan jualannya yang luar biasa itu, Super SUV Lamborghini Urus  menyambut ulang tahun keempatnya pada awal Disember tahun lalu.

Model ini menjadi penanda aras terutama dari segi prestasi, pemanduan dinamik, reka bentuk dan kebolehgunaannya pada setiap hari.


Susulan itu, pengeluar kenderaan yang berpangkalan di Sant’Agata Bolognese, Itali telah berkembang dengan lebih meluas.

Malah, pihaknya meningkatkan lebih banyak kemudahan, kedai cat dan trek ujian juga dibangunkan.

Bayangkan, dalam empat tahun, syarikat itu juga dilihat sanggup membuat mengambil lebih ramai kakitangan bagi memudahkan urusan pengeluaran kereta berkenaan.

Untuk makluman anda, sebanyak  85 peratus daripada pelanggan Urus adalah pelanggan baharu kepada baru kepada jenama itu.


Setiap tahun, ada sahaja pelanggan membeli Urus di kebanyakan negara.

Dalam pasaran hari ini, lebih daripada 45 warna pelbagai tersedia memandangkan studio Lamborghini Ad Personam, dilihat terus membangunkan pilihan penyesuaian baharu pada mulanya ia Cuma terdiri daripada 16 warna sahaja.

Jentera ini didatangkan dengan enjin turbo berkembar V8 twin-turbo dimana ia mampu menghamburkan sehingga 650hp. 

Lamborghini Urus boleh mencapai kelajuan tertinggi 490 kilometer sejam (km/j) dan mampu memecut dari sifar hingga 100 km/j  hanya dalam dalam 3.6 saat.

Fuhh, hebat betul!

Di Rusia, Urus telah berdepan dengan cabaran yang melampau kerana prestasinya yang luar biasa.

Lamborghini Super SUV dilaporkan mampu mencatatkan rekod kelajuan tertinggi di atas ais pada acara Days of Speed sehingga 298 km/j dan kelajuan purata pula ialah sekitar 114 km/j melebihi 1000 meter.

Reka bentuk jentera mewah ini dikatakan amat sesuai untuk semua permukaan bumi.


Ia juga terdiri daripada enam mod pemanduan iaitu Strada, Sport, Corsa, Sabbia, Terra dan Neve.

Sebaliknya, tahukah anda bahawa  mod EGO yang ada pada Urus sebenarnya  menawarkan pemanduan yang agak menakjubkan!

Pemandu dikatakan boleh menyesuaikan mod ini bergantung pada permukaan jalan raya dan gaya pemanduan pemandu itu sendiri.

Jadi, tidak hairankah kenapa ia menjadi Lamborghini Super SUV paling dikehendaki pada tahun lalu.


Gallery

Tag:

lamborghini
#lamborghiniurus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Pandu Melulu, Kereta Kena Sita

Pandu Melulu, Kereta Kena Sita

Polis mengesahkan sudah mengambil keterangan lima pemandu Lamborghini yang memandu secara melulu.

31-07-2023
Global
Angkara  Pandu Laju, Pemilik "Putih Mata" Lamborghini Aventador Baru Beli Remuk Teruk

Angkara Pandu Laju, Pemilik "Putih Mata" Lamborghini Aventador Baru Beli Remuk Teruk

Lamborghini yang baru dibeli terlibat dalam kemalangan.

10-11-2022
Berita Auto
LOM Cipta Rekod Baharu MBR, Kumpul 112 Lamborghini

LOM Cipta Rekod Baharu MBR, Kumpul 112 Lamborghini

Pemilik Lamborghini Malaysia (LOM) berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Malaysian Book of Records dengan mengumpulkan sebanyak 112 kenderaan Lamborghini baru-baru ini.

13-06-2022
Berita Auto
Kereta Hibrid Lamborghini Akan Guna E-Bahan Api Selepas Tahun 2030?

Kereta Hibrid Lamborghini Akan Guna E-Bahan Api Selepas Tahun 2030?

Lamborghini rancang untuk menghasilkan dua kereta supersport jenis hibrid yang dikuasakan oleh e-bahan api

02-06-2022
Berita Auto
Lamborghini Hilang Kawalan, Turut Rempuh Beberapa Kenderaan Lain.

Lamborghini Hilang Kawalan, Turut Rempuh Beberapa Kenderaan Lain.

Kejadian berlaku di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang semalam.

09-09-2021
Berita Auto
Lamborghini Huracan Diangkat Dengan Menggunakan Kren Sempena Pelancaran Supercar VIP Lounge!

Lamborghini Huracan Diangkat Dengan Menggunakan Kren Sempena Pelancaran Supercar VIP Lounge!

Orang ramai kelihatan teruja selepas menyaksikan sebuah kren mengangkat sebuah Lamborghini Huracan sehingga tingkat tiga sebuah kompleks hiburan, The Hive di Skegness, London.

29-06-2021
Berita Auto
Pusat Vaksin Itu Dibuka Di Sant’Agata Bolognese, Itali

Pusat Vaksin Itu Dibuka Di Sant’Agata Bolognese, Itali

Automobili Lamborghini yang prihatin dengan pekerjanya membuat keputusan luar biasa apabila ia melancarkan pusat vaksin untuk pekerjanya buat julung kalinya kelmarin.

25-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026