Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Beberapa Insentif Khas Untuk Pembeli EV Bakal Diumum Julai Ini!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sudah tiba masanya, rakyat Malaysia mempertimbangkan untuk membeli kenderaan elektrik (EV) pada masa akan datang memandangkan kerajaan bakal memperkenalkan pelbagai insentif khas hanya untuk pembeli EV.


Bagi mempercepatkan proses pembangunan kenderaan elektrik (EV), kerajaan kini sudah bersedia menawarkan pelbagai insentif khas untuk pengguna dan pembeli EV.

Bayangkan, pemilik EV dikatakan bakal menerima pengecualian cukai belian, rebat tol, skim parkir hijau atau 'green parking', insentif pemasangan pengecas kediaman dan insentif tarif elektrik.


Menurut laporan Bernama, insentif berkenaan tidak hanya membabitkan kereta penumpang, skuter, motosikal serta kenderaan perdagangan.

Sebaliknya, ia turut membabitkan pengeluar peralatan asal (OEM), pengeluar EV atau  syarikat yang menggunakan EV sebagai satu bentuk perkhidmatan seperti e-hailing.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari berkata, pengenalan struktur insentif sedang dipertimbangkan untuk kelulusan akhir kerajaan.


“Insentif di bawah dasar EV dijangka dibentangkan ke Kabinet pada bulan hadapan. Maka, keputusan mengenai insentif menyeluruh ini akan diumumkan selewat-lewatnya pada Julai ini,” katanya.

Tambah beliau, insentif itu bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna sebaliknya turut memberi kesan positif terhadap industri EV.

“Terdapat satu peringkat dalam insentif ini, dimana ia menyentuh duti eksais, duti import dan cukai jualan. Kesemua insentif ini akan dinikmati oleh pengguna dan industri,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa insentif itu bakal menjadi platform untuk mendorong pelaksanaan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) selain dapat melonjakkan segmen EV di negara ini.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk membeli kenderaan EV? Tinggalkan komen anda di bawah!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026