Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bila Kereta Antik Dimodenkan, Ini Hasilnya! PONY Retro-Moden Yang Unik!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai Motor Company telah mendedahkan  kepada orang ramai model yang telah dibina semula, Heritage Series PONY  dengan konsep retro-moden, berdasarkan model asal PONY yang dikeluarkan secara besar-besaran lebih daripada 45 tahun yang lalu.   

Model rekaan semula ini dipamerkan di Hyundai Motorstudio Busan, Korea Selatan sebagai sebahagian daripada pameran ‘Reflections in Motion’  yang diadakan daripada 8 April hingga 27 Jun. Rekabentuk PONY yang dipamerkan ini diberikan sentuhan moden untuk menunjukkan ciri futuristik, bersesuaian dengan konsep retro-moden, memang unik! 



"Pony ialah ikon mobiliti peribadi yang dihasilkan Hyundai ketika pengeluaran secara besar-besarannya yang diadakan antara tahun 1975 ke 1990. Kereta hatchback ini merupakan kereta pertama negara yang dikeluarkan secara besar-besaran dan dieksport (ke luar)," ujar pereka automobil terkenal, Giorgetto Giugiaro. 

45 tahun kemudian, nilai evergreen kereta Pony yang original masih dapat dilihat pada Heritage Series Pony yang baharu. 


Kereta Pony Yang Antik Pada Suatu Ketika Dulu

Pada bahagian luar, kereta diwarnakan dengan warna silver pusam (matte) dengan reka bentuk sebuah hatchback.  Salah satu ciri unik yang ada pada rekaan ini ialah kedudukan cermin sisinya yang dipasang pada bahagian dapra kereta.  Selain itu, ciri moden yang terdapat pada kereta adalah pemasangan lampu depan LED bulat berpiksel dan juga lampu belakang LED berbentuk U.  Lampu LED ini menggambarkan rekaan ‘Pixel Road Trip’ syarikat yang dapat dilihat digunakan pada kereta konsep moden IONIQ 5 dan 45. 



Memasuki ke bahagian dalamnya pula, dapat dilihat Hyundai menggunakan material premium pada bahagian pintu. Lengkap dengan sistem pencahayaan moden dan panel instrumen pengukur kelajuan. Di samping itu, ia memiliki transmisi sentuhan digital, ruang pemegang telefon dan juga stereng yang boleh diaktifkan dengan suara.  



Pada bahagian but kereta, terdapat peranti mobiliti last-mile dalam kotak keluli tahan karat. 

Pameran ‘Reflections in Motion’  yang diadakan di Hyundai Motorstudio Busan ini  membawa pengunjung untuk melakukan eksplorasi hubungan interaktif antara masa, reka bentuk, teknologi dan penggayaan melalui pemasangan pelbagai ciri berbeza pada sesebuah model. 




Tag:

#hyundaikorea
Hyundai Heritage Series Pony
PONY
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026