- Berita
- Berita Auto
- Sebanyak 20 Koleksi Pontiac Yang Jarang Dijumpai Mula Dilelong!
Sejumlah koleksi klasik Pontiac yang merupakan milik seorang anggota veteran tentera laut dan juga kakitangan pejabat Pos di Amerika Syarikat kini dijual dalam satu acara lelongan baru-baru ini.

Individu itu yang cuma dikenali sebagai mendiang Bernie Larson dikatakan amat menggemari kereta Pontiac Trans Am.
Sebelum meninggal dunia, mendiang berjaya mengumpul sekurang-kurangnya 20 koleksi Pontiac.

Malangnya, kesemua koleksi mendiang kini dijual di firma lelongan VanDerBrink.
Menurut firma itu, sebaik dia bersara dari perkhidmatannya, Larson dilihat berjinak-jinak membeli kereta klasik termasuk alat ganti. Tidak lama kemudian, mendiang meninggal dunia.
Selepas kematiannya pada tahun lalu, ahli keluarganya membuat keputusan untuk menjual semua koleksi kereta antik Larson.
Antara koleksi kereta klasik Larson ialah Pontiac Firebird keluaran tahun 1971, Pontiac Firebird dan( 1977), Pontiac Trans Am (1981), dua Pontiac Trans Am (1974), empat Pontiac Trans Am (1978) dan empat kereta Pontiac Trans Am 1979.



Kebanyakan keretanya yang dipamerkan dalam acara lelongan itu dikatakan perlu dibaik pulih.
Bidaan kereta itu turut dibuka secara dalam talian manakala, koleksi alat ganti kereta klasik berkenaan akan dilelong pada 12 Jun depan.
Antara alat ganti yang dijual ialah enjin Pontiac, karburator, pelbagai jenis kerangka badan Pontiac termasuk bamper.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/