- Berita
- Berita Auto
- BUDI95 200 Liter Berapa KM Boleh Jalan, Jangan Terkejut
.png)
Pelaksanaan penyelarasan kelayakan Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan, telah pun bermula hari ini.
Di sebalik pelaksanaan ini, mungkin ada yang bimbang sejauh mana kita boleh pergi dengan subsidi BUDI95 200 liter sebulan.
Pakar Automotif Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ir. Dr. Mohd. Azman Abas tampil membuat penjelasan.
Persoalan mengenai sejauh mana bekalan 200 liter petrol boleh membawa pemandu di Malaysia akhirnya terjawab menerusi data saintifik. Berdasarkan kajian pemanduan sebenar oleh penyelidik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2024, jarak tersebut sangat bergantung kepada "selera" enjin kenderaan anda.
Kajian yang dijalankan di kawasan trafik mencabar seperti Lembah Klang ini mendedahkan perbezaan ketara antara kereta kompak dan kenderaan keluarga yang lebih besar.
Kereta Kompak (Segmen A & B): Raja Jimat Minyak?
Bagi anda yang memandu kereta seperti Perodua Axia, Myvi, atau Toyota Vios, berita baik untuk anda! Kajian merekodkan penggunaan bahan api sekitar 5.7 hingga 9.0 liter bagi setiap 100 km.
Jarak Maksimum: 2,200 km hingga 3,400 km sebulan.
Had Harian: Anda boleh memandu sekitar 80 hingga 100 km sehari tanpa perlu risau bajet petrol melambung.
SUV & MPV: Lebih Berat, Lebih "Dahaga"
Bagi pemilik kenderaan besar seperti MPV (enjin 2.5L) atau SUV, angka penggunaan melonjak kepada 9 hingga 12 liter bagi setiap 100 km. Ini bermakna saiz kenderaan dan bebanan enjin memainkan peranan besar.
Jarak Maksimum: Sekitar 1,600 km hingga 2,100 km sahaja dengan 200 liter.
Had Harian: Pemandu disarankan mengehadkan perjalanan sekitar 60 hingga 80 km sehari untuk kekal dalam kuota 200 liter sebulan.
Peringatan:
Perlu diambil perhatian bahawa kenderaan yang digunakan dalam eksperimen tersebut hanya mewakili sampel terhad bagi jenis kenderaan dan konfigurasi enjin tertentu.
Oleh itu, penemuan kajian ini tidak boleh ditafsirkan sebagai mewakili penggunaan bahan api semua kenderaan di pasaran Malaysia.
Sebaliknya, hasil kajian ini sepatutnya dilihat sebagai rujukan umum atau panduan bagi menggambarkan bagaimana penggunaan bahan api boleh berbeza antara segmen kenderaan yang berbeza dalam keadaan pemanduan sebenar.
Kesimpulan: 200 liter sebenarnya sudah lebih daripada mencukupi untuk kebanyakan pemandu bandar, asalkan anda bijak merancang perjalanan dan mengamalkan gaya pemanduan yang berhemah.
Adakah 200 liter petrol mencukupi?
Berdasarkan analisis penggunaan bahan api daripada kajian pemanduan sebenar yang dijalankan oleh penyelidik UTM, 200 liter petrol sebulan secara amnya boleh mencukupi untuk perjalanan asas atau perjalanan penting harian bagi sebahagian besar pengguna kenderaan penumpang, khususnya bagi mereka yang menggunakan kereta kompak.
Bagi kenderaan kategori A-segmen dan B-segmen yang lazim digunakan di Malaysia, anggaran penggunaan bahan api menunjukkan bahawa pemandu boleh memandu sekitar 80 hingga 100 km sehari dan masih berada dalam had penggunaan sekitar 200 liter sebulan.
Namun begitu, kecukupan jumlah ini bergantung kepada corak aktiviti harian dan keadaan kehidupan setiap individu atau keluarga.
Misalnya menghantar anak ke sekolah, menghantarpasangan ke tempat kerja, atau tinggal jauh dari tempat kerja. Selain itu, faktor seperti kesesakan trafik yang tinggi, ketiadaan alternatif pengangkutan yang sesuai, serta perjalanan balik kampung pada hujung minggu juga boleh meningkatkan jumlah penggunaan bahan api bulanan.
Namun begitu, kecukupan jumlah ini bergantung kepada corak aktiviti harian dan keadaan kehidupan setiap individu atau keluarga.
Pendek kata, angka 200 liter boleh dilihat sebagai satu rujukan anggaran untuk perjalanan asas, namun penggunaan sebenar akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti jenis kenderaan, keadaan trafik, jarak perjalanan harian, gaya pemanduan, serta keperluan mobiliti setiap isi rumah.
Oleh itu, tahap kecukupan had tersebut boleh berbeza antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain bergantung kepada situasi masing-masing.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/



