Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Krisis Kekurangan Cip Dunia: Toyota Gantung Operasi 2 Kilang, Rugi 20K Unit!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Isu kekurangan cip nampaknya memberi kesan yang besar kepada industri automotif. Krisis yang bermula pada akhir tahun lalu berkemungkinan akan berterusan selama satu ke dua tahun lagi sehingga menyebabkan jumlah pengeluaran kereta dunia perlu dikurangkan. 

Pengeluar kereta Jepun, Toyota baru-baru ini telah mengumumkan penggantungan operasi  tiga daripada 29 barisan pengeluaran di dua buah kilang mereka bermula daripada bulan hadapan. 


Toyota memaklumkan bahawa ia akan menggantung dua operasi pengeluaran di kilang Iwate iaitu Iwate 1 yang mengeluarkan kereta C-HR selama lapan hari dan Iwate 2 yang menghasilkan Yaris dan Yaris Cross selama lima hari. 


Toyota C-HR



Toyota Yaris

Sementara itu, kilang yang bertempat di Miyagi Ohira yang terlibat dalam pengeluaran Yaris Cross pula akan ditutup selama tiga hari. Berdasarkan laporan, penggantungan operasi ini adalah membabitkan pengurangan pengeluaran sebanyak 20,000 unit kereta. 


Toyota Yaris Cross


Impak Kekurangan Cip Kepada Syarikat Pengeluar Kereta Lain


Kilang Hyundai di Ulsan, Korea Selatan

Bukan sahaja Toyota, syarikat pengeluar kereta lain juga merasakan impak negatif masalah kekurangan cip semikonduktor ini. Pada awal minggu baru-baru ini, Hyundai Motor Group mengambil langkah menggantung pengeluaran di beberapa kilang iaitu Ulsan 5 yang mengeluarkan Tucson SUV dan Ulsan 3 yang mengeluarkan Avante dan Venue. 


Bukan itu sahaja, Subaru juga bertindak menggantung operasi pengeluaran mereka yang terletak di Gunma Prefecture, Jepun dan Amerika Syarikat. 

Minggu lalu, Nissan mengatakan bahawa mereka perlu mengurangkan sehingga 250,000 unit daripada sasaran pengeluaran yang asal. 

Sementara itu, Mitsubishi Motors pula melaporkan bahawa jumlah pengeluaran kereta mereka pada tahun ini kurang sebanyak 40,000 unit berbanding jumlah asal yang dijangkakan. 

Turut menerima tempias kekurangan cip ini adalah operasi pengeluaran kereta Mazda yang dijangkakan terpaksa mengurangkan pengeluaran sehingga 100,000 unit kereta. 


Dan akhir sekali, Ford pula menjangkakan kerugian sehingga 1.1 juta unit daripada jumlah pengeluaran yang disasarkan.

Kekurangan Cip Semikonduktor Membabitkan Kerugian Mencecah 110 Bilion USD (RM455+ Bilion)

Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh AlixPartners, kekurangan cip semikonduktor akan memberi kesan terhadap pengeluaran sejumlah 3.9 juta kenderaan pada tahun 2021. 

Dan Hearsh, pengarah pengurusan praktis automotif dan industri, AlixPartners berkata "Terdapat kira-kira 1,400 cip dalam sebuah kereta biasa pada hari ini, dan bilangan itu akan sentiasa meningkat seiring dengan pergerakan industri menuju ke arah penghasilan kereta elektrik, kenderaan yang lebih terhubung dan akhirnya, kenderaan autonomi. Oleh itu, ini adalah isu yang kritikal bagi industri. 

"Namun perkara paling penting bagi syarikat-syarikat pada masa ini adalah untuk berusaha sebaik yang mungkin bagi mengurangkan kesan jangka masa pendek gangguan (kekurangan cip), yang mana mungkin melibatkan segalanya daripada rundingan semula kontrak sehinggalah pengurusan jangkaan daripada peminjam dan pelabur. Apa yang penting adalah untuk menjadi proaktif, dan untuk melengkapkan diri dengan maklumat dan analisis yang diperlukan."


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026