Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rai Kempen Raya-Raya Volkswagen, Lebih Banyak Ganjaran Menanti Anda!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Kempen Raya-Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dimana pelanggan berpeluang menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 untuk beberapa model Volkswagen.

Kempen yang akan berakhir 31 Mei ini turut menawarkan beberapa manfaat untuk pembeli model Passat Elegance kerana syarikat berkenaan menawarkan insurans percuma selama satu tahun.

Malah, bagi model Passat R-Line pula, Volkswagen menawarkan petrol percuma selama setahun.


Lebih menarik lagi, pembeli kedua-dua varian Passat itu juga berpeluang menikmati penjimatan sehingga bernilai RM3,500 apabila membuat tempahan atas talian menerusi Volkswagen eShowroom.

Dalam pada itu, VPCM turut memperkenalkan Kempen Raya Selepas Jualan yang akan berakhir pada 13 Jun nanti. 


Kempen ini menawarkan potongan 20 peratus untuk minyak enjin tulen Volkswagen ketika melakukan servis selain berpeluang menerima penjagaan kereta secara percuma.

Kit berkenaan mengandungi penggilap wax, syampu wax, penggilap, cermin, penjagaan plastik dan kulit di dalam botol 50mililiter. Para pelanggan juga berpeluang menerima sampul raya percuma.

Bagaimanapun, pelanggan hanya berpeluang menikmati keistimewaan yang dinyatakan di atas  jika mereka berbelanja minimum RM1,200 untuk tujuan servis.

Selain Kempen Raya Selepas Jualan, VPCM turut menawarkan sebanyak diskaun 20 peratus kepada pemilik Volkswagen yang mahu menukar wiper cermin.

Tawaran ini  sah sehingga 30 Jun depan.


Kempen Raya-Raya kali ini turut diserikan dengan  penambahbaikan pada Tiguan Allspace Highline. VPCM dikatakan menawarkan beberapa kemasan terbaharu pada Tiguan Allspace. 

Tiguan Allspace Highline 2021 kini ditawarkan dengan rim aloi Nizza bersaiz 18 inci bersama soket pengecasan USB-C, radio bersama kawalan suara serta lampu belakang LED baharu dengan efek 3D.

Menyentuh mengenai Allspace Highline, ia dipadankan dengan  enjin turbo 1.4TSI sekali gus memberi suntikan bahan api secara terus selain dipadangkan dengan kotak gear klac basah direct shift 6-kelajuan (DSG).

Ini membolehkan kenderaan ini menghamburkan kuasa  147 kuasa kuda dan tork 250Nm. Ia juga menawarkan penjimatan bahan api sekitar 7.3l/100km.

Pelanggan Tiguan Allspace Highline juga akan menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 dan penjimatan dalam talian berjumlah RM3,500.

Bagi Tiguan Allspace R-Line 2021 pula, ia dilengkapi dengan port data dan pengecasan USB-C selain  radio yang kini hadir bersama ciri ketersambungan App-Connect tanpa wayar untuk Apple CarPlay serta Android Auto.

VPCM juga berbesar hati mengumumkan rakan insurans baharu mereka iaitu AXA Affin General Insurance Berhad. 

Affin akan menyertai rakan insurans Volkswagen Insurance Plan (VIP) yang lain seperti Allianz General Insurance Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich Takaful General Insurance Berhad.

Bagi pemegang polisi VIP, mereka layak menerima kelulusan tuntutan dan bantuan tepi jalan dengan tundaan kecemasan 24 jam.

Malah, syarikat tersebut memberi jaminan bahawa kerja-kerja pembaikan hanya dilakukan di pusat badan dan cat Volkswagen yang sah. Malah, ia juga akan memastikan tiada bayaran berlebihan dikenakan. 

Ia diberikan kepada semua model Volkswagen tidak kira usia kenderaan, tiada kos penambahbaikan manakala, nilai yang diinsurankan berdasarkan persetujuan untuk kenderaan yang berusia lebih 10 tahun

Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari  www.volkswagen.com.my. Apakah pendapat anda mengenai kempen terbaharu ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini! 


Tag:

#Volkswagen
Volkswagen Passat R-Line
Volkswagen Passenger Cars Malaysia
Volkswagen Tiguan Allspace Highline
Volkwagen Insurance Plan
Volkswagen Tiguan Allspace R-Line
Volkswagen Passat Elegance
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

28-01-2025
Global

15-01-2025
EV

16-03-2024
EV

14-03-2024
Berita Auto

13-03-2024
Berita Auto

11-03-2024
EV

23-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026