Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Renault Captur E-Tech Hibrid Didedahkan Secara Umum Di Eropah!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Renault mendedahkan harga Renault Captur E-Tech Hibrid dimana harganya bermula dari €27,100 (RM 133,825) untuk varian Zen, manakala bagi varian Business pula RM136,788 dan varian Intens (RM146,664).



Renault dikatakan  bekerjasama dengan pasukan Renault R1 untuk membawa masuk teknologi hibrid E-TECH yang lebih inovatif dan eksklusif.

Biarpun,   ia yang memiliki hampir 150 paten, syarikat berkenaan masih berupaya menghasilkan dua jenis enjin hibrid yang hadir bersama dan tanpa keupayaan pengecasan semula.




Kenderaan itu juga hadir dengan cengkaman bateri dan kotak gear automatik pintar yang menerima daya tenaga dari motor elektrik atau termal.

Dengan penggunaan teknologi hibrid, pemandu  dapat menikmati pemanduan secara elektrik hampir 80 peratus di sekitar jalan bandar termasuk mendapat jaminan 100 peratus untuk permulaan elektrik pada bila-bila masa sahaja.

Renault Captur E-Tech Hibrid juga dapat menjimatkan bahan bakar hampir 40 peratus berbanding kitaran motor termal.

Bagaimanapun, kesemua varian Renault Capture dilengkapi dengan teknologi Hibrid E-TECH.

 Malah, tempahan model Renault RS Line dan Initiale Paris dilaporkan akan dibuka dalam beberapa minggu lagi. 




 Motor hibrid terkini merupakan tambahan secara keseluruhan kepada motor berkenaan memandangkan ia boleh dicas semula sama seperti Captur E-TECH Plug-In 160.

Jentera itu hadir dengan pilihan petrol (TCe 90), petrol mikro-hibrid  (TCe 140 dan 140 EDC) termasuk enjin LPG-petrol (TCe 100 LPG). 

Sebagai tambahan kepada peningkatan standard yang serupa dengan enjin pembakaran dalaman, Captur E-TECH Hybrid juga dilengkapi dengan mod seperti brek regeneratif dan pemulihan tenaga (E-shifter dan transmisi automatik). 





Aliran tenaga dikatakan boleh dilihat secara langsung di bahagian  papan pemuka tengah manakala, butang EV boleh ditukar kepada mod elektrik secara sepenuhnya.





Menyentuh mengenai varian Zen, ia hadir dengan papan pemuka bersaiz tujuh inci termasuk penghawa dingin dan pengaktifan lampu hadapan secara automatik.

Sehubungan itu, Renault Captur E-Tech Hibrid yang terdiri daripada tiga varian itu boleh didapati di semua pengedar sah Renault di negara-negara Eropah.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026