- Berita
- Berita Auto
- Wanita Itu Membuat 52 Transaksi Yang Berjumlah RM255,250 Ke Dalam Lapan Akaun Berasingan
Wanita Itu Membuat 52 Transaksi Yang Berjumlah RM255,250 Ke Dalam Lapan Akaun Berasingan
Percaya atau tidak, seorang wanita hanya menyedari dia ditipu scammer selepas melakukan 52 transaksi berjumlah RM255,250 ke dalam lapan akaun berasingan dalam satu kejadian di Mergong, Kedah.

Wanita itu yang bekerja sebagai kerani di sebuah kedai buku mendakwa dia teruja selepas menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp yang mengatakan dia memenangi peraduan bernilai RM3,300 bersama sebuah Toyota Alphard.
Peraduan itu dikatakan anjuran sebuah syarikat pengeluar produk makanan dan minuman terkenal.
Mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, scammer berkenaan kemudian memintanya untuk membayar sejumlah wang sebagai syarat untuk mendapatkan hadiah tersebut.

Mangsa kemudian diarahkan untuk memasukkan wang bagi mencukupi nilai pada cek yang telah disediakan oleh pihak syarikat tersebut.
“Saya yang tidak berfikir panjang terus mengeluarkan sejumlah wang simpanan selain turut meminjam wang daripada keluarga semata-mata untuk mendapatkan hadiah itu,” katanya.
Dia kemudian melakukan pemindahan wang sekurang-kurangnya 52 kali yang berjumlah RM255,250 ke dalam akaun berbeza.
Pemindahan wang itu dilakukan secara deposit tunai di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kaunter bank serta melalui mesin ATM.
Bagaimanapun, mangsa mula menyedari dia sebenarnya ditipu scammer peraduan apabila suspek terus mendesaknya untuk membuat pemindahan wang.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di Alor Setar pada 10 Mei lalu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintenden Elias Omar mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kes penipuan itu.
-full.jpg)
Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan panggilan atau kiriman WhatsApp yang menyatakan memenangi peraduan dan meminta bayaran bagi menebus hadiah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, orang ramai boleh membuat semakan melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi check scammers CCID di aplikasi Playstore.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
