- Berita
- Kereta Baru
- Ferrari 296 GTB: Model PHEV Yang Pertama Hadir Dengan Enjin V6 !
Ferrari 296 GTB: Model PHEV Yang Pertama Hadir Dengan Enjin V6 !
Ferrari memperkenalkan Plug in Hybrid (PHEV) terbaharunya, 296 GTB di platform media sosial. Model dua tempat duduk yang diinspirasikan daripada model klasik Berlinetta dipadankan dengan bahagian enjin tengah pemacu belakang.
PHEV ini memiliki satu senarai ciri yang berskala besar yang membabitkan keselesaan dan prestasi perjalanan pemanduan seharian.
Kereta ini mendapat nama daripada enjin bersesaran 2992 liter (3.0 liter) dan jumlah silinder yang dipilih dengan nama akronim iaitu Gran Turismo Berlinetta.
Ia merupakan enjin serba baharu, V6 turbo berkembar pertama yang dipasang pada Ferrari menyebabkan ia mampu menghamburkan kuasa 654 kuasa kuda selain dikatakan ia mampu menghasilkan kuasa tambahan 164 kuasa kuda.
Ia dipadankan dengan kotak gear jenis klac basah lapan-kelajuan yang sama digunakan pada SF90 Stradale, Ferrari Roma, Portofino M dan SF90 Spider.
Oleh itu, menerusi gabungan enjin ini menyebabkan ia mampu menghasilkan 818 kuasa kuda pada takat 8,000 rpm dan tork 740Nm pada takat 6,250 rpm.
Apa yang luar biasa adalah ia hanya memerlukan 2.9 saat untuk memecut dari -100 kilometer sejam (km/j) pada kelajuan maksimum lebih daripada 330 km/j.
Ia yang dilengkapi tiga motor elektrik Motor Generator Unit Kinetic (MGUK) menyebabkan ia mampu meningkatkan tork 315Nm gara-gara adanya rotor berkembar.
Ia terletak di antara enjin dan kotak gear penggerak sistem peralihan yang bertindak sebagai klac.
Bercakap mengenai enjin V6, ia merupakan versi pertama yang bercirikan seni bina 65 darjah.
Ia diperkenalkan pada tahun 1957 apabila enjin V6 ini dipasang pada kereta satu tempat tunggal Dino 156 F2 diikuti dengan versi anjakan yang lebih besar sekitar tahun 1958 apabila ia turut dipasangkan pada prototaip enjin hadapan dan kereta Formula Satu seperti 196 S, 296 S and the dan juara F1 246.
Berlinetta mampu melakukan perjalanan sejauh 25 kilometer dengan menggunakan mod pemanduan pemacu elektrik secara sepenuhnya.
Ia juga mendapat tenaga bekalan tenaganya daripada pek bateri lithium-ion berkapasiti 7.45 kWj yang merangkumi empat sel iaitu melebihi bateri SF90.
296 GTB yang berukuran 4,565 mm panjang, 1,958mm lebar, 1,187mm tinggi dan jarak roda 2,600mm juga memiliki kerangka yang agak ringan dengan penampilan yang lebih moden.
Ia yang diilhamkan daripada jentera 250 M keluaran tahun 1963 hadir dengan kombinasi idea pada masa lampau dan kini. Perubahan ini dapat dilihat menerusi sayap kereta yang tampil lebih berotot, visor cermin hadapan tampak bergaya dan skrin menegak dilihat hanya cuma menjadikan kelihatan lebih halus.
Menggunakan rim aloi berkembar besaiz 20 inci malah ia juga hadir dengan lima jejari potongan berlian memantapkan lagi penampilannya.
Malah, ia juga menawarkan pilihan roda serat karbon yang dikatakan lebih ringan 8 kilogram.
.Menjengah bahagian dalamannya, 296 GTB dipadankan dengan antara muka digital secara sepenuhnya selain tiada skrin tengah untuk sistem infotainmen.
Namun lain pula bagi, SF90 Stradale memandangkan kluster instrumen digital menjadi ciri utama pada jentera ini selain dilengkapi dengan butang sentuh, dua satelit dan ventilasi penghawa dingin.
Bagi para pelanggan yang berminat untuk membeli kenderaan ini, ia juga hadir dengan pakej Asseto Fiorano.
Pakej ini menawarkan penyerap kejutan Multimatic yang disesuaikan dengan kereta lumba GT selain pakej tersebut mengutamakan bahan-bahan ringan seperti gentian karbon dan tingkap belakang Lexan, rim gentian karbon yang dibaluti tayar Michelin Sport Cup 2 serta layangan liveri khas yang memberikan penghormatan kepada jentera lumba 250 Le Mans.
Menurut beberapa laporan, 296 GTB akan dijual pada harga €269,000 (RM1.3 juta) dan pakej Assetto Fiorano pula dijual €302.000 (RM1.4 juta).
Penghantaran kereta ini dijangka akan bermula pada suku pertama tahun 2022.
Gallery






Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/