Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Terbang Sudah Berjaya Dihasilkan, Ini Dia AirCar! Boleh Terbang Di Udara & Dipandu Di Darat!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Dunia masa depan seperti yang dibayangkan ramai di mana kereta berterbangan di udara semakin hampir menjadi realiti. Ini kerana wujudnya pasukan yang tidak pernah henti berusaha untuk membangunkan teknologi kereta terbang. Klein Vision ialah syarikat dari Slovakia yang telah berjaya membangunkan kereta terbang yang dinamakan AirCar.

Kereta ini dilaporkan telah berjaya menempuhi perjalanan selama 35 minit daripada lapangan terbang Nitra hingga ke Bratislava pada awal pagi Isnin yang lalu. Selepas mendarat di Bratislava, pencipta AirCar, Profesor Stefan Klein menekan sebuah butang untuk melipatkan sayap kereta ini sebelum memandunya ke pusat bandar.



“Penerbangan ini memulakan era kenderaan dwipengangkutan. Ia membuka sebuah kategori pengangkutan baharu,” ujar Klein selepas kejayaan penerbangan AirCar dalam satu kenyataan media. 


Syarikat ini telah berusaha tanpa henti selama lebih daripada 30 tahun. Untuk sampai ke tahap ini, lebih daripada 40 jam ujian penerbangan dan 142 pendaratan yang berjaya dilakukan. Klein yakin bahawa kereta terbang yang diciptanya bukan lagi hanya konsep semata-mata. 


Menurut Klein, AirCar Prototype 1 dengan dua tempat duduk ini, semasa ujiannya dapat mencapai kelajuan 170 km/j, kurang sedikit berbanding kelajuan maksimumnya iaitu 190 km/j.  Kereta ini telah terbang pada ketinggian 8,200 kaki dan mampu melakukan pusingan 45 darjah.


Video kejayaan penerbangan AirCar baru-baru ini yang dikongsikan Klein Vision

Prototaip ini dillengkapi dengan enjin BMW dengan 160 kuasa kuda, lengkap dengan bilah kipas tetap (fixed-propeller) dan juga payung terjun balistik demi keselamatan penumpang. 

Klein turut berkongsi tentang pembangunan AirCar Prototype 2 yang bakal menggunakan enjin yang lebih berkuasa dan mampu terbang pada kelajuan 300 km/j dengan jarak perrjalanan sejauh 621 batu. 

Pengasas bersama Klein Vision, Anton Zajac berkata, “AirCar bukan lagi hanyalah sebuah bukti sebuah konsep… perubahan daripada fiksyen kepada realiti.


“Dengan AirCar anda boleh sampai ke destinasi tanpa perlu bersusah-payah mendapatkan pengangkutan ke lapangan terbang dan melepasi sekuriti komersial, anda boleh memandu AirCar ke padang golf, pejabat, pusat membeli-belah, atau hotel dan parkir di ruang parkir yang normal.”


Seperti yang dikongsikan dalam laman web Klein Vision, Profesor Stefan Klein sebelum ini pernah terlibat dalam pembangunan beberapa mod pengangkutan lain seperti skuter elektrik, kereta golf dan dua lagi “kereta terbang” lain di bawah jenama AeroMobil.

Tag:

Aircar
AirCar Prototype !
AirCar Prototype 2
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026