- Berita
- Berita Auto
- Pemasangan Mercedes-Benz EQS Electric Saloon Bermula! Ini Apa Yang Berlaku Di Kilang Mereka...
Pemasangan Mercedes-Benz EQS Electric Saloon Bermula! Ini Apa Yang Berlaku Di Kilang Mereka...
Mercedes-Benz baru sahaja mengumumkan permulaan fasa pemasangan EQS di Factory 56, kilang Mercedes-Benz yang berlokasi di Sindelfingen, sebuah bandar di Jerman.
EQS ialah model elektrik sepenuhnya yang pertama bagi kilang pemasangan ini dan ia telah diperkenalkan untuk melalui siri pemasangan yang berterusan. Barisan pengeluaran yang telah pun dilakukan di kilang yang sama ialah Mercedes-Benz S-Class Saloon dan juga Mercedes-Maybach S-Class.


"Kereta mewah elektrik sepenuhnya, EQS, kami menetapkan standard yang terbaharu, dengan jarak perjalanan mencapai 770 km berdasarkan WLTP. Dalam masa yang sama, EQS merupakan sebuah model yang lestari sepanjang rantaiannya: daripada proses pembangunan sehinggalah pembelian, membabitkan produksi, pengecasan, serta pengitaran semula.
EQS merupakan titik perkembangan yang penting bagi kami demi mencapai 'Ambition 2039' yang memperlihatkan usaha intensif Mercedes-Benz dalam penghasilan kereta baharu yang neutral karbon dioksida," ujar ahli lembaga pengurusan Daimler AG dan Mercedes-Benz AG, Markus Schäfer.

Dari segi kelestariannya, pelbagai perkara dilakukan di Factory 56 demi memelihara alam sekitar dan juga memulihara sumber yang ada. Antara yang dilakukan ialah penggunaan sistem fotovoltan pada bumbung kilang yang dapat membekalkan 30 peratus daripada tenaga elektrik yang diperlukan.
Selain itu, prosedur dan juga peralatan yang digunakan di Factory 56 juga boleh diatur dengan terperinci supaya hanya membekalkan apa yang diperlukan sepanjang pemasangan model elektrik EQS ini.
Sebagai contoh, kilang hanya menggunakan beberapa stesen modular bagi pemasangan varian dengan trenkuasa berbeza, serta model berbeza dalam satu barisan pengeluaran.


"Masa depan rangkaian pengeluaran global Mercedes-Benz bermula dengan pemasangan EQS di Factory 56: masa depan yang dimaksudkan ialah masa depan neutral karbon dioksida, digital sepenuhnya, berhubung antara satu sama lain dan sangat fleksibel.
Pada tahun 2022, sebanyak lapan jenis kereta elektrik Mercedes-EQ akan dihasilkan di tujuh buah lokasi daripada tiga benua berbeza," jelas ahli lembaga pengurusan Mercedes-Benz AG, Jörg Burzer.
Oleh kerana itu, tahap efisien pengeluaran juga dipertingkatkan melalui pendigitalan. Pemasangan dibuat berlandaskan persekitaran digital MO360.
Aspek pendigitalan ini disasarkan dapat membekalkan sokongan kepada lebih daripada 1500 orang pekerja di Factory 56 dalam menjalankan operasi harian mereka. Memandangkan kakitangan ini perlu mengendalikan teknologi bervoltan tinggi, mereka telah dibekalkan dengan latihan yang signifikan.


"Dengan EQS, kami telah memberikan satu isyarat (kemampuan) Sindelfingen yang tinggi.
Semangat yang tinggi daripada pelanggan untuk produk terbaik kami adalah hasil daripada (semangat) kerja yang tinggi dan motivasi kakitangan Sindelfingen," ulas Pengerusi Majlis Kerja Kilang Sindelfingen Mercedes-Benz, Ergun Lümali.

"Dengan kehadiran EQS dalam portfolio, kami sekali lagi membuktikan masa depan berdaya maju kilang Sindelfingen: Di sini tradisi digabungkan dengan inovasi baharu dan kelestarian. Terima kasih kepada pasukan yang memiliki kemahiran tinggi, kami telah berjaya memulakan pemasangan EQS di kilang Sindelfingen Mercedes-Benz," ujar Pengurus dan Ketua Produksi Kilang Sindelfingen Mercedes-Benz.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

