Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sektor Pengangkutan Boleh Tunjuk Surat SMILE Bagi Tujuan Pemeriksaan di SJR.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Boleh guna surat kebenaran yang dikeluarkan  Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE)!

Demikian kata Kementerian Pengangkutan bahawa industri logistik  kini boleh menggunakan  surat kebenaran beroperasi  SMILE yang bertarikh pada 1 Jun lalu .


Surat itu boleh digunakan ketika pemandu logistik melalui kawasan pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR).

Langkah itu diambil selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa mukim dan lokaliti di Selangor dan Kuala Lumpur mulai 3 hingga 16 Julai ini.


Bagaimanapun,  industri logistik dan pengangkutan disarankan memuat turun surat terbaharu SMILE kerana terdapat pindaan yang mengambil kira peralihan dari fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke  Pelan Pemulihan Negara (PPN).


“Oleh itu, kita galakkan pihak berkenaan memuat turun surat berkenaan  di laman sesawang di https://application.mot.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

SMILE merupakan sistem yang dkhususkan untuk syarikat dalam sektor logistik dan pengangkutan komersial termasuk udara dan air, perkhidmatan kurier dan gudang, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam perkembangan sama, kenyataan itu juga menyebut   aktiviti memunggah masuk atau memunggah keluar barangan bukan keperluan (non-essential) hanya dibenarkan di kawasan luar PKPD sahaja.

Bagi kawasan PKPD, hanya syarikat pergudangan dibenarkan beroperasi memandangkan ia merupakan perkhidmatan rantaian kepada pelabuhan dan lapangan terbang.

Sementara itu, selain pergudangan aktiviti loading/unloading (punggah dan simpan) hanya terhad kepada syarikat yang tersenarai dalam senarai essential (perkhidmatan perlu) di kawasan PKPD sahaja.

Anda boleh melayari laman web https://www.mot.gov.my/my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sektor logistik dan pengangkutan yang boleh beroperasi sepanjang musim PKPD.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026