Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Renault Memperkenalkan Scenic Yang Telah Direka Semula Dengan Reka Bentuk Luaran MPV Crossover!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sudah lima tahun generasi keempat Renault Scenic dijual di pasaran. Selepas 20 tahun meraikan kewujudannya, hasil rekaan jentera ini nampaknya telah dikemaskini dengan begitu baik sekali!

Menurut syarikat itu, insipirasi reka bentuk baharu adalah berpandukan kereta konsep Renault R-Space yang diperkenalkan buat julung kalinya pada Pameran Kereta Geneva sekitar tahun 2011.

Ini membuatkan model berkenaan dibayangi dengan reka bentuk luaran MPV crossover.



Kami berhasrat untuk mencipta semula Scenic supaya ia kelihatan lebih ghairah dan sporty,” kata Pengarah Reka Bentuk KMegane Scenic, Agneta Dahlgren.

Ia bertujuan untuk memenuhi cita rasa pengguna yang mahukan sebuah jentera yang tampak ghairah dan sporty.

Rata-rata peminat kereta ini dikatakan amat berminat terutamanya bahagian garisan yang terukir pada jentera ini selain warnanya yang didatangkan warna honey -yellow dan unit penyimpanan kubus modular yang disediakan untuk penumpang.

Menurut Dahlgren,  cermin hadapan R-Space kelihatan agak condong dimana rekaan ini akan dikekalkan untuk keluaran Scenic yang akan datang.

Menjengah bahagian dalamannya, tempat duduknya kelihatan saling bersambungan. 

“Bagi menghasilkan sebuah kereta yang hampir sama dengan konsep kereta sebenarnya bukan perkara yang mudah,” tambahnya.



Terdapat beberapa ciri utama pada rekaan baharu ini termasuk rungkup (overhang) belakang lebih pendek 16mm dan ia dikelebarannya ditingkatkan kepada 20mm manakala, jarak kelegaan tanah ialah 40mm.

Tahukah anda, kesemua versi Scenic 4 kini dipadankan dengan roda 20 inci dengan tayar Tinggi dan Sempit. 

Biarpun, cabaran teknikalnya agak hebat namun cirinya dikatakan antara yang pertama dalam keseluruhan segmennya.



Antara ciri lain yang terdapat pada jentera ini, ia hadir dengan bumbung panaroma, ruang simpanan bersaiz 63 liter termasuk konsol gelongsor dengan ruang laci, Easy Life bersaiz 13 liter.

Bagi ruang but pula, versi jentera bersaiz  kecil didatangkan dengan ruang berkeluasan 572 liter manakala, versi lima tempat duduk pula hadir ruang but seluas  596 liter.

Ciri hasil Lipatan Satu Kali bagi melipatkan kerusi belakang boleh menyebabkan ia menjadi rata. Ciri ini boleh diakses dengan satu butang yang terdapat di bahagian but atau sistem skrin sentuh multimedia R-Link.

“Kami amat bangga dengan Scenic 4. Ia sebuah kereta MPV yang amat hebat,” ujar Dahlgren dalam majlis ulang tahun keluaran Scenic yang ke-25 tahun.

Adakah anda berpendapat rekaan kereta seumpama berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026