Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Menawarkan Kemewahan Dan Keselesaan, Bentley Perkenalkan Bentayga Hybrid

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tempahan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang super mewah ini, Bentayga Hybrid telah dibuka untuk tempahan tetapi bukan di Malaysia sebaliknya di United Kingdom dan Eropah.

Bentayga V8 dan Bentayga Speed  telah dilancarkan pada musim panas lalu namun Bentayga Hybrid adalah model ketiga portfolio SUV mewah yang paling berjaya segmennya.

Generasi pertama Bentayga Hybrid menyumbang satu dari setiap lima Bentaygas yang dihasilkan, dan pengenalan generasi kedua telah meningkatkan nisbah itu.

Bentayga Hybrid adalah langkah pertama dalam strategi Bentley Beyond100 untuk menawarkan kereta elektrik untuk setiap model dalam tempoh tiga tahun lagi.

Bagaimanapun, harga Bentayga Hybrid dikatakan sama dengan Bentayga V8 yang bernilai €150,997 (RM743,997).

Gaya luaran dan dalaman dilihat amat menekankan elemen reka bentuk  DNA Bentley pada seluruh rangkaian model sekali gus memberikan barisan Bentley produk segar dan paling kontemporari berbanding mana-mana syarikat kereta mewah lain.

Ia memperkenalkan teknologi onboard dan ruang kabin yang luas. Ini bermakna Bentayga baharu ini telah dikemaskini baik dari segi dalaman mahupun luarannya berbanding generasi sebelum ini.

Misalnya, pilihan teknologi baharu dan perkhidmatan sambungan kereta didatangkan dengan data pengisian, kawalan keselesaan kabin yang meningkatkan lagi suasana kabin yang mewah.

Bercakap mengenai tempat duduknya, ia didatangkan dengan empat atau lima tempat duduk. Ia juga menyediakan pelbagai pilihan termasuk spesifikasi Blackline dan Styling.

Ia menawarkan enjin berkuasa 3.0 liter V6 turbo yang digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 443 hp dan tork 400 Nm.

Malah,  berdasakan kitaran WLTP, ia dikatakan mampu melakukan pemanduan elektrik sejauh 40 kilometer untuk sekali cas penuh.

Selain mempamerkan kenderaan elektrik yang mewah dengan pemanduan yang lancar, dan pelayaran yang senyap dalam persekitaran bandar .

Ini bermakna, pemandu Bentayga Hybrid boleh melarikan diri seketika dari suasana bandar yang bising dengan menikmati ketenangnan kabin yang canggih dan akustik tanpa ganguan bunyi bising.

Pendek kata, perjalanan kenderaan yang menggunakan enjin dan motor elektrik dengan menggunakan enjin yang menggunakan tenaga elektrik menawarkan sifar emisi selain membawa lebih banyak manfaat kepada alam sekitar.

Ini sekali gus membina reputasi baharu Bentley ke arah masa depan yang lestari.

 


Secara keseluruhannya, Bentayga Hybrid model pertama daripada dua Bentley hibirid yang akan memasuki pengeluaran pada tahun ini.

Ia dikatakan akan merevolusikan jenama ikonik untuk menjadi  syarikat mobiliti mewah yang terkemuka di dunia.


Gallery

Tag:

Bentley
Bentayga
Bentley Bentayga Hybrid
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley

Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.

09-02-2026
Berita Auto

Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.

17-11-2025
Global

Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley

Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.

12-09-2024
Global

Flying Spur 2025, Guna Enjin V8

Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.

22-07-2024
Kereta Baru

Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta

Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.

04-04-2023
Berita Auto

Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.

12-01-2023
Berita Auto

YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?

Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.

06-09-2022
Kereta Baru

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026