- Berita
- Kereta Baru
- JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi melancarkan SUV elektrik segmen-B tempatan (CKD) pertamanya, JAECOO J5 EV, pagi tadi.
Ia yang hadir dengan satu varian ditawarkan pada harga RM118,800. Model ini menawarkan jarak pemanduan 461 km (NEDC) dan waranti bateri 10 tahun bagi menarik pemandu moden tempatan.


Model SUV elektrik premium segmen-B ini yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Chery Corporate Malaysia, Shah Alammembuktikan komitmen jangka panjang jenama tersebut dalam memperkukuh ekosistem Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.
Menurut Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan, J5 EV dibangunkan sebagai SUV gaya hidup yang menggabungkan prestasi, teknologi pintar, dan praktikaliti harian untuk memudahkan peralihan rakyat Malaysia kepada mobiliti elektrik.


Prestasi Jarak Pemanduan 461km dan Pengecasan Pantas DC JAECOO J5 EV dikuasakan oleh motor elektrik yang menjana 155 kW dan tork 288 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 7.7 saat.
SUV ini dilengkapi bateri LFP berkapasiti 58.9 kWh daripada CATL yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 461 km (kitaran NEDC) dengan satu cas penuh.

Bagi kecekapan pengecasan, keupayaan pengecasan pantas DC 130 kW membolehkan bateri dicas dari 30% hingga 80% dalam masa 28 minit sahaja. Pengecasan AC 11 kW pula mengambil masa kira-kira 7 jam untuk isian 10% hingga 100%.
Reka Bentuk Aerodinamik dan Kabin Gaya Hidup Tampil sporty, J5 EV dilengkapi Active Grille Shutter dan rim aerodinamik 18-inci. Kenderaan ini turut menawarkan kelegaan tanah 174 mm serta keupayaan meredah air sedalam 450 mm.
Ruang kabin terasa luas hasil padanan bumbung kaca panoramik 1.45 meter. Ruang simpanan turut diutamakan menerusi frunk hadapan 35 liter dan ruang but belakang yang boleh diperluaskan sehingga 1,284 liter.

Bagi penggemar aktiviti luar, J5 EV menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) 3.3 kW, serta mod khas seperti Pet Mode dan Camping Mode untuk kemudahan gaya hidup moden.
Keselamatan ADAS Tahap 2+ dan Sistem 540° HD Aspek keselamatan diimbangi menerusi ketegaran badan 35,900 Nm/deg dan sistem pandangan kamera 540° HD Surround View untuk memudahkan urusan meletak kenderaan.
JAECOO J5 EV turut dimuatkan dengan 19 fungsi Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) Tahap 2+, termasuk:
Autonomous Emergency Braking (AEB) & Forward Collision Warning (FCW)
Full-Speed Adaptive Cruise Control (ACC) & Traffic Jam Assist (TJA)
Lane Keeping Assist (LKA) & Emergency Lane Keeping Assist (ELK)
Blind Spot Detection (BSD) & Rear Cross-Traffic Braking (RCTB)
Tiga pilihan warna disediakan iaitu Alpine Green, Fjord Grey, dan Carbon Crystal Black.


Pemilik disokong oleh ekosistem komprehensif merangkumi 56 bilik pameran dan 53 pusat servis di seluruh negara, lengkap dengan perlindungan waranti berikut:
Waranti Kenderaan: 7 Tahun / 150,000 km
Waranti Bateri Voltan Tinggi: 10 Tahun / 200,000 km
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
