Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Definisi Mewah & Prestasi Yang Sebenar: Mercedes-Benz Malaysia Perkenalkan E-Class Coupe

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Baru-baru ini, E 300 AMG Line Coupe telah dilancarkan sebagai satu model tambahan terbaharu dalam koleksi kereta mewah syarikat Mercedes-Benz. Kereta ini dilihat menampilkan gaya luaran yang ikonik dan jika dilihat dari segi spesifikasinya pula, padat dengan pelbagai teknologi baharu yang intuitif.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, "Inilah kereta yang pasti dapat membangkitkan emosi.  Dengan rekaan mewah yang unik bagi jenama Mercedes-Benz bersama-sama dengan penambahan baharu lain, E 300 AMG Line Coupe bukan hanya menawarkan pelanggan pengalaman pemanduan yang penuh dengan semangat dan menyeronokkan, tetapi juga lebih sporty.  Kami yakin kereta idaman terbaharu daripada Mercedes-Benz ini dapat melebihi jangkaan orang ramai dan akan terus menjadi pilihan utama dalam kalangan peminat permotoran."

 

Berkenaan enjinnya, E 300 AMG Line Coupe menggunakan enjin petrol 4 silinder 2.0 liter yang dapat menjana 190 kW (258 hp) kuasa pada 5,500 ke 6,100 rpm dan 370 Nm tork pada 1,800 ke 4,000 rpm. 

 

Enjin ini digabungkan dengan transmisi 9G-TRONIC yang membolehkan kenderaan memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 6.4 saat dan mencapa kelajuan maksimum pada 250 km/j.


Dinamik pemanduannya juga telah diberikan penambahbaikan iaitu dari segi mod pemanduan Dynamic Select (Pilihan Dinamik) dan suspensi Agility Control (Kawalan Ketangkasan) yang memberikan keselesaan dan kestabilan pemanduan yang optimum.

 

Pada bahagian luaran kereta, E 300 AMG Line Coupe mempamerkan gaya klasik dengan sentuhan moden.


Sepertimana AMG Line yang lain, model kereta terbaharu ini lengkap dengan spoiler belakang, gril radiator blok berlian dengan pin berwarna krom dan satu set rim aloi ringan 5 twin-spoke AMG 19 inci.


Bahagian depan kereta dilengkapi lampu Multibeam LED yang menyala dengan lebih cerah dalam warna yang lebih natural pada waktu malam. 

 

Fungsi Adaptive High beam Assist Plus dapat mengawal lampu LED ini dengan melakukan peralihan antara lampu suluh rendah, lampu suluh separa tinggi dan lampu tinggi secara automatik.


Warna-warna yang ditawarkan bagi badan E-Class Coupe adalah Polar White, Obsidian Black, Rubellite Red, Graphite Grey, Mojave Silver, Brilliant Blue, High-tech Silver, Emerald Green dan Selenite Grey.

 

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan warna lain dengan caj tambahan untuk warna seperti Designo Diamond White Bright dan Designo Patagonia Red Metallic.


"Model sporty dan mewah  Mercedes-Benz E 300 AMG Line Coupe  ialah tambahan terbaharu dalam portfolio kereta idaman Mercedes-Benz," ujar Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp.

 

Bergerak ke bahagian dalam, E-Class Coupe menampilkan gaya kontemporari dan sporty yang mewah. Ia juga merupakan satu-satunya coupe tanpa tiang atau pillar dalam segmennya.


Kabin dalaman kereta dilihat menggunakan material berkualiti tinggi seperti kemasan kayu berwarna abu hitam, balutan kulit Artico serta balutan kulit Nappa.

 

Sistem kawalan pada stereng pintar kereta ini pula didatangkan dalam warna hitam berkilat dengan elemen kemasan perak.

Mercedes-Benz E 300 AMG Line Coupe yang terbaharu ini dilengkapi dengan sistem multimedia terbaharu iaitu MBUX NTG 6 yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.


Setup ini merangkumi dua buah skrin bersaiz 12.3 inci yang beresolusi tinggi, membentuk kokpit berskrin lebar. Untuk menyempurnakan atmosfera kabin, sistem ini digabungkan dengan teknologi audio Burmester.

 

Ciri mewah lain yang terdapat pada model terkini ialah bumbung matahari atau sunroof dengan bukaan boleh gelongsor (sliding), pencahayaan ambien 64 warna, kawalan iklim tiga zon automatik Thermotronik, akses bebas tangan dan fungsi keyless-go.

 

Dari segi keselamatan, Mercedes-Benz E 300 AMG Line Coupe menggunakan sistem bantuan pemanduan Mercedes-Benz generasi terbaharu yang memberikan sokongan kerjasama kepada pemandu. 

 

Ciri pengesanan hands-off (lepas tangan) pada stereng kereta kini boleh berfungsi secara kapasitif, meningkatkan tahap 'mesra pengguna' pemanduan dalam mod semi automatik.

 

Selain itu, dalam pakej Bantuan Pemanduan turut terdapat Bantuan Jarak Aktif DISTRONIC, Bantuan Stereng Aktif, Bantuan Brek Aktif, Bantuan Stereng Pengelak, Bantuan Kekal Lorong Aktif, Bantuan Titik Buta Aktif dan PRE-SAFE Plus.

 

Secara keseluruhannya, Mercedes-Benz E 300 AMG Line Coupe yang terbaharu ini sememangnya mempamerkan gaya yang moden dan sporty. Gabungan kedua elemen ini bakal menjadikannya sebuah kereta yang sentiasa relevan. 




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025